Monday, September 27, 2010

Ku Menangis Kehilangan Mu ( Part 2)

“Okey , hari ni kuliah kenegaraan dibatalkan . Puan Zainab pergi outstation. Dia baru bagitau saya.” Sahut Zack kepada pelajar-pelajar . Suasana Bilik kuliah menjadi hingar binger apabila Zack memaklumkan berita itu. Ada yang tak puas hati dan ada juga yang bersorak kegembiraan . Dalam keadaan yang gamat itu, Jef melihat Zie termenung sendirian.

“hoi… ingatkan Acab ke??hehehehe” jerkah Jef setelah melihat Zie termenung jauh tadi. “ Mane ada, kau ni. Pandai-pandai jela Jef” Kata Zie yang cuba mengelak pertanyaan Jef tadi. Memang kita Zie sudah menyintai Acab.

“ Eles, Kau ingat aku tak tahu..hahaha Dengan aku pun kau nak Rahsiakan jugak yer.. Xpe2.” Jef buat-buat merajuk. NAmun Zie sedikit pun taidak melayan karenah Jef tadi.

Dikala petang ingin melabuhkan tirainya bersama mentari senja, dengan suasana yang dingin bersama angin sepoi-sepoi bahasa . Zie dan Acab berjalan beriringan di tepi pantai sembil menghayati keindahan petang tersebut.

“kenapa diam je ni?” Tanya Acab dengan nada risau setelah melihat kelakuan Zie tadi dari tadi.

“tak ada papelah awak. Saya okey je. Awak jangan risau ek..” Zie cuba member keyakinan kepada Acab walaupun dia sendiri menyedari perubahan sikapnya itu.

Zie lebih suka menyendiri setelah mengetahui bahawa Acab akan ke satu tempat yang jauh untuk melaksanakan projek akhir tahun. Acab akan pergi ke kawasan pedalaman yang tidak mempunyai elektrik dan tidak mendapat liputan telefon apatah lagi untuk melalui internet. Memang hati Zie retak bagai ditikam pisau yang tajam setelah Vikcy memaklumkan padanya bahawa Acab terpaksa menjalankan Projeknya di kawasan pedalam.

“Acab… Boleh tak janji dengan Zie yang Acab tak akan lupakan Zie..” Tanya Zie dengan nada penuh perasaan. Hanya yang Esa sahaja mengetahui isi hatinya

“Kenapa tanya macam tu Zie? Kan Zie dah tahu yang saya tak ada perempuan lain selain zie” jawab Acab. “ tu Zie tahu… tapi” Zie tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.

“Tapia pa Zie??,…. Saya janji yang saya takkan lupakan Zie. Hanya Zie lah satu-satunya yang mampu menwan hati saya nie… tapi Saya peliklah Zie tanay macam ni. Zie dah tak percaykan saya??” Tanya Acab.

“ Zie percayalah. Tapi bila awak ada kat tempat orang nanti, jangan lupakan Zie taw. Zie takut sangat-sangat kalau awak dah jumpa perempuan lain nanti teruskan lupakan Zie” jawab Zie dengan jujur yang tidak mahu kasihnya hilang setelah lama melayari bahtera cinta bersama-sama.

“ Pergi jauh?” Tanya acab yang pura-pura tidak tahu apa yang dimaksudkan. Acab sengaja menyimpan perkara ini kerana tidak mahu hati Zie tersiksa apabila berada berjauhan.

“Awak cuba rahsiakan dari Zie kan yang awak akan pergi melaksanakan Projek Tamadun di kawasan pedalaman. Ni Zie tahu pun dari Vicky. Kalau Vikcy tak bagitau tak tahulah macam mane nak kata. Boleh jadi gila kot” sindir zie pada Acab.

“ awak….. bukan saya tak nak bagitau tapi bukan tiba masanya lagi. Saya bercadang memang nak bagitahu hari ini.” Acab cuba memujuk.

“hahaha ayat tu je yang Awak tahu kan. Erm.. taka pa la awk.. saya sedar sape saya.” Zie cuba merajuk.

“tengok tu,.. jangan lah macam nie sayang.. saya dah janji kan yang saya takkan lupakan awak. Saya takut awak je yang lupakan saya. Maklumlah orang cantik. Tak padan dengan saya.” Jawab Acab.

“ Eh.. mana ada cantik.. kalau saya tak suka awak.. dari dahulu lagi saya tak layan awak taw. Nak merajuk konon..huhhuu okeylah awak..saya nak balik dah.. dah magrib nie.. Lain kali kita jumpa lagi ek..” jawab Zie. Akhirnya kedua-duanya pulang dibawah pancaran senja yang ingin melabuhkan tirainya. HAti Zie masih lagi terasa sembilu apabila Acab akan meninggalkannya tak Lama lagi.

……………………………………………………..

Kau bagi ku..

Satu-satunya,

Pada mula..

Ku menyintai…

Ke bermanja..

Ku kasihi..

Ku rindui..

Di hatiku.. kau abadi..

Acab menyanyikan lagu Kau satu-satunya dendangan kumpulan Ukay’s sambil tersenyum setelah kasih yang salami ini ditagih akhirnya terpaut dek keikhlasan dan kejujuran untuk menjalinkan satu hubungan yang bahagia dan di harapkan akan berkekalan hingga ke akhirnya..

“happy Nampak kawan kita nie. Maklumlah sekarang dah ada makwe..” seloroh Ham yang juga rakan coursemate Acab..

“ Mana ada wei.. Ni Acab lah.. Dari dulu sampai sekarang atau bila-bila takkan berubah taw..hahaha”

“ Bukan aku tak tahu. Dah satu kampus tahu,.. Acab yang dulunya murung apabila Zie tak layan. TApi sekarang dah jadi periang sebab cintanya dah berbalas.hahaha come on r Acab.. Jangan nak sorok-sork lah..hahahah” seloroh Ham lagi. Acab hanya tersenyum membiarkan Ham bersuara.

“ Tapi ork.. Aku nak tengok kekgi jah.. Gane perasaang Acab bile nok gi wat projek kat ulu..hahaah mase tuh bulehlah kite tengok UPM nih banjir ngan air mate pasangang kasih hok panah kali kat nih..hahaha” Sampuk Din budak Terengganu diikuti oleh ketawa mereka semua . Oleh kerana mereka semua dah 2 tahun bersama, mereka sudah paham pelbagai loghat di Malaysia ini. Tanpa mereka sedari, Acab sudah tiada disitu.

…………………………………………………………………………….

“ saya rasa saya tak jadi pergi lah awak” Acab memberitahu Zie..

“Kenapa pulak?? Kan awak dah dapat dana dari Pihak Universiti untuk jalankan projek awak tu.” Kata Zie yang hairan kenapa Acab tiba-tiba menolak dana yang diberikan itu

“ Taklah.. kawasan tu dah la pedalaman.. tak ada elektrik ..air tak cukup.. nak berhubung pun susah.. lagi satu.. tak tahu lagi keadaan penduduk disana..makan pun tak tahu macam mana ..entah-entah makan…” belum sempat Acab menhabiskan kata-katanya ZIe memotong “ Eh tak baiklah awak nie.. awak takut semua tu tak ada kea tau awak takut kehilangan saya ???” Zie cuba mendapat kepastian.

Acab hanya membisu kerana dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk menutup keresahannya bagi meninggalkan orang tersayang..

“ awak pergilah.. ambik dana yang diberikan tu.. pasal saya awak jangan risau ea.. tiada insan lain di saya melan awak seorang jew tau.”Zie cuba meyakinkan Acab supaya Acab menirima dana itu untuk meneruskan projek akhir tahunnya.

“ Tapi bukannya sebulan dua awak.. ambik masa bertahun untuk siapkan projek ini..” jelas Acab lagi.

“tak apa awak.. kalau awak dah Berjaya nanti.. saya janji yang awak boleh ambik saya sebagai isteri awak. “ Zie berjanji kepada Acab. Dan dengan janji itulah Acab berasa yakin dengan hubungan yang sudah termatri sejak dahulu lagi.

…………………………………………………………………………………………….

Masa berlalu begitu pantas bagai kilat yang menyambar. Berbulan dah berlalu.. hari ini langit yang cerah bersama mentari yang memancar akan saksi kepada perpisahan dua insan yang bercinta.

“Saya harap Zie dapat jaga diri baik-baik kat sini..jangan bimbang pasal saya.. pandai-pandailah saya jaga diri nanti.. apa yang saya nak.. Zie jangan tangisi permergian saya.. Bila saya balik nanti.. kita akan kembali bersama dan saya takkan tinggalkan Zie lagi. Itu yang Zie janji dulu kan?? Saya akan ingat janji tu..” Luah Acab dengan keadaan yang begitu sayu. Sayu untuk meninggalkan kekasih yang selama ini sentiasa berada di hati.

Zie hanya diam seribu bahasa, tidak mampu untuk berkata-kata diiringi oleh air jernih mengalir dipipi. Air matanya kini tidak mampu lagi ntuk menyembunyikan kesedihan yang melanda hatinya disaat kehilangan orang tersayang.

“ Nah, ambillah CD ini sebagai hadiah kenangan saya pada Zie. Kalau Zie rindu akan kenangan kita selama ini. Tengoklah CD ini.. semua kenangan kita ada didlamnya… Dairi ini tuk Cab kan .. hehehe Tq.. Acab akan tuliskan segala yang berlaku disana.. hehehe..” Bagitahu Acab yang cuba untuk menyembunyikan kesedihan dirinya.

“ambillah” jawab Zie ringkas sambil memberikan senyuman paksa.

“ Okeylah Zie dah lewat nie. Saya dah kena pergi ni. Kalu tak sampai lewat pulak. Dahlah jauh. Dalam masa tahun dari sekarang. Kita akan berjumpa di Pulau Langkawi dihadapan Burung Helang gergasi. Kalau salah seorang tak datang. Hubungan kita akan berakhir disitu. Ingat taw.” Jelas Acab.

“setahun dari sekarang bermakna 11hb 11 2011???” Tanya Zie yang terkejut dengan kenyataan Acab tadi.

“Yup.. 11 .11.2011.. ingat taw.. okeylah jaga diri.. saya pergi dulu. Sayang awak.. Bye” Acab yang tidak mampu lagi menahan kesedihan terus berlalu. Zie hanye memerhati langkah Acab dengan penuh kesayuan.. Akhirnya perpisahan yang tidak diinginkan terjadi jua.. Semakin banyak air jernih mengalir dipipi Zie.

Sebenarnya Acab sudah mengetahui bahawa keluarga ZIe telah bersetuju untuk menyatukan Zie dengan pilihan keluarga sebab itulah Acab membuat keputusan yan tidak pernah dijangka oleh Zie. Pada tarikh 11 hb November 2011 itulah merupakan tarikh perkahwinan zie dengan bersama bakal suaminya . Acab mengetahui perkara ini daripada bapa Zie sendiri , DAtuk Mustafa yang inginkan Acab memutuskan hubungannya dengan Zie. Pada masa itu, hancur luluh hati Acab bagai kaca yang jatuh berderai kerana insan yang selama ini dipuja dan dijaga akhirnya terpaksa bersama orang lain. Namun perkara ini dirahsiakan oleh Datuk Mus daripada pengetahuan Zie.

……………………………………………………………………………

Acab terus meluncur laju dengan evo 3 kuningnya sambil melayan perasaan yang membuatkan semangatnya hilang. Dendangan lagu Lamunan terhenti nyanyian Ukays kedengaran dicorong radio seperti memahami perasaan Acab. Segala kenangan manis dan pahit yang diharungi bersama orang tersayang tak mungkin dapat dilupakan namun apa kan daya itulah permintaan keluarga Zie. Walaupun berat untuk menerima namun terpaksa juga merelakannya…

TO BE CONTINUE

(MAN.WITH.NO.CRY)

1 comment:

Iqin said...

corny gile~

hahaha