Friday, September 24, 2010

Ku Menangis Kehilangan MU.... (Part 1)

Hujan renyai-renyai masih lagi membasahi bumi yang dikala gersang oleh kasih sayang. Namun, Acab masih lagi termenung mengenangkan cintanya yang berlalu pergi setelah pelbagai janji manis untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Kelukaan di hati masih lagi berdarah walaupun peristiwa itu sudah hampir dua tahun berlalu dalam sejarah hidup Acab.

“ Cab, apa yang kau termenung lagi ni? “ Lamunan Acab terhenti apabila Dzafri menyapanya

“ Eh, tak de pape lah.. Aku okey je “ Acab cuba menyembunyikan apa yang diingatkanya tadi. Namun, Tujuh tahun berkawan semenjak dari university lagi telah membuatkan Dzafri benar-benar faham dengan perangai Acab.

“Dah la tu Cab, Tak ada gunanya kau masih ingatkan orang yang dah hancurkan hati kau tu.. Sekarang dia dah bahagia dengan pakwe dia. Come On la, Bunga bukan sekuntum. Buat apa nak disusahkan. Tengok macam aku , Kalau satu dah pergi, cari yang lain pulak.” Kata jef Panggilan Acab kepada Dzafri. Jef lah yang selalu memberi semangat kepada Acab setelah perkara itu berlaku.

“ Kau lain Jef , Aku memang betul-betul sayang kat Zie tu.Dua tahun aku pendam perasaan kat dia taw. Kau ingat mudah ke nak lupa??? Kau tak apalah makwe keliling pinggang. Tapi ingat sikit, aku ni bukan jenis Playboy macam kau..” Sahut Acab yang selalu tak puas hati dengan kata-kata Jef.

“ ok aku mintak maaf. Eh , jom r. Dah pukul 11 malam ni, ko tak nak balik ke? “ Jef cube memujuk Acab

“ Kau balik lah dulu, Jap lagi aku balik. Nak kemaskan barang ini dulu “ kata Acab. Jef terus meninggalkan Acab sendirian.

Setelah sudah berkemas , Acab terus memandu Evo 3 untuk pulang ke rumah. Dalam hujan renyai-renyai sekali lagi fikirannya melayang memikirkan Zie atau Naziah , insan yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu.

Setelah kasih yang ditagih tak dapat singgah disudut hati Zie, Acab selalu termenung dan murung. Hanya Zie sahaja yang mampu mengubah sikap murung Acab tu. Setahun berkawan dengan Zie, Dari hari berganti minggu ,minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Acab dah menaruh perasaan nya terhadap Zie. Hanya Zie lah inspirasi hidupnya. Bukan mudah untuk menawan hati Zie.

“ Sampai bila kau nak pendam perasaan kau kat Zie tu?? Sampai Zie dah berkahwin dengan orang lain?? Nanti menyesal tak sudah kau Cab.” Kata Helmi, rakan satu kos dengan Acab semasa menuntut di Universiti dahulu. Selain Jef, Helmi juga rakan baik Acab.

“ Aku bukan tak nak luah. Tapi tunggu r masa yang sesuai “ acab bersuara.

“ Hahahahaha, tunggu sampai si Zie tu naik pelamin baru nak gitau?? Hmmm bapak aku bagitau, lelaki yang sejati adalah lelaki yang berani luahkan perasannya. Kau dah sayang Zie. Kau bukan main-main. So luahkan jela “ Bagitau Helmi setelah tengok Acab semenjak dua menjak asyik angau je…

“Acab dah angau kat budak Zie..hahahaha “ sampuk Afham.

“ nantilah aku bagitau dia “ kata Acab sambil mengambil bantal dan terus tidur.

Akhirnya Acab dah nekad untuk meluahkan perasaannya terhadap Zie. Dia terus menghantar SMS kepada Zie “ Zie, boleh tak saya nak jumpa awak kat Foodcourt pukul 8 malam ni ?? Kalau tak boleh tak apalah.. tq “

Zie yang mendapat SMS itu terus bersetuju dan mereka berjumpa di tempat yang dijanjikan pada malam itu.

“Ada apa Cab nak jumpa Zie ? MAcam urgent je…” Tanya Zie dengan nada risau.

“ Tak Ada pape , Cuma acab nak bagitau sesuatu kat Zie ..” JAwab Acab

“ Apa dia?? Bagitau lah.. takut-takut Zie boleh tolong. Xde ape2 yang urgent pun…….mungkin ape yang saya nak bagitau nie akan buat zie terdiam…….tapi saya harap zie dapat terima dengan hati yang terbuka……..”

Memdengar kata2 acab itu,zie terpaku kerana amat terkejut dan benak fikirannya berlegar-legar seribu persoalan yang tak dapat dirungkai…….

Dengan nada yang sayu dan penuh perasaan ingin tahu,zie bertanya “ada ape nie??????awak jangan buat saya mcm nie,takut tau awak buat macam nie.”

Macam nie zie,acab dengan nada yang tergagap2,,,,,,,,, “saya sebenar nya ada menaruh perasaan pada awak”acab terdiam begitu juga dengan zie…….

Acab menunggu jawapan daripada zie dengan penuh harapan……..

Zie terus berlalu tanpa satu perkataan pun……

Acab terkedu tanpa satu tindakan pun,dengan hati yang yang begitu sedih acab membawa diri berlalu dari tempat itu sambil memerhati zie yang kian hilang dari pandangan sayunya,,,,,Tika senja melabuhkankan layarnya..Terpancarlah warna keemasan..Dapat aku bayangkan jika engkau ada..Pasti suasana kan lebih bermakna..namun..sesuatu yang tak dapat dipastikan apa yang ada dibalik mentari itu… begitu juga dengan perasaan acab ketika ini, perasaannya berkeruan bagai ada satu angin yang berlalu pergi setelah acab meluahkan perasaannya tadi.

Zie menghempaskan badannya diatas tilam yang ampuk… setelah Acab meluahkan perasaan tadi.. Zie gelisah.. Gelisah kerana dia juga ada menaruh harapan kepada Acab namun hatinya kini dah berbelah bagi sama ada untuk Menentang hajat dan impian keluarganya atau menerima kasih Acab yang juga Inspirasi hatinya sebelum ini.

“kenapa dengan kau nie Zie? Pelik je aku tengok.” Tanay Vicky teman sebilik Zie.

“ Aku Okey je. Tapi tadi Acab ada bagitahu aku sesuatu” jawab Zie dengan tenang.

“ Acab bagitahu ape?? Ke Acab mekuahkan peasaan kat kau.. hehehe “ seloroh Vicky. Itu lah perangai Vicky yang memang suka mengusik orang.

“ye.. mamang tu yang dia bagitahu “ Jawab Zie acuh tak acuh. “ wah..nampaknya kawan aku ni dah berbalas cinta yang selama nie dia nak.. hahaha” seloroh Vicky lagi.

“Kau nie kan Vicky , tak pernah nak serius..aku seriuslah nie..bukan main-main “ marah Zie ..

Vicky terus bangun dan terus menuju ke Laptopnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sambil membiarkan Zie terus melayang perasaannya. Zie tersenyum sendirian memikrkan luahan hati Acab tadi. Dia memang benar-benar sayangkan Acab namun, sudah menjadi adat keluarganya keluarga akan mencari bakal menantu. Itulah yang membuatkan Zie kini berada dalam dilemma sama ada ingin menerima Cinta acab ataupun melukai hati Acab yang sangat menaruh harapan yang menggunung. Tetapi Zie tidak sanggup untuk mengguris kembali hati Acab yang tercalar bagai dihiris sembilu yang tajam kerana perbuatan bekas kekasih Acab yang curang padanya. Dan semenjak itulah Acab menjadi Anti wanita. Zie mengetahui perkara ini melalui Jef. Jef telah memujuk Zie supaya menerima Acab dan jangan sesekali menolak kerana Tak mahu Acab kecewa buat kali kedua.

TO BE CONTINUE ……

(MAN.WITH.NO.CRY)

No comments: