Sunday, December 12, 2010

TAKAKN MELUPAKANNYA,...

hari ini genap 16 hari aku berada kat umah.... emmm kejap jew rase xsampai 3 minggu lagi aku dah kene balik bintulu..huhuh memang tak puas duk umah.. inilah hakikatnya...tapi bile duk umah jew... bosan pulak...huuhhu

emm... aku mungkin ada sikit masalah kot... huhuh adalah sorang kawan aku ni.. dulu sering je mesej nga die.. xlah rase bosan sangat... kadang-kadang dia jugak ada ketika aku ada masalah.. dia jugaklah yang banyak beri aku semangat... emmm inilah yang betul2 dinamakan kawan sejati...

namun... sejak dua menjak langsung dah tak mesej.. aku pon tak tahu.. ke sebab aku ada buat salaha kat die??/ hmmm aku rase xde... tapi aku trak penah anggap lain.. aku anggap die busy bersama keluarga..maklumlah dah lama tak bersama keluarga..hihhi

aku sering kali menghantar sistem pesanan ringkas kat dia.. apabila je aku bangun pagi.. selepas solat subuh.. aku akan sentiasa mengewish good morning kat dia...hihihi hancur ayat BI aku nie.. maklumlah.. aku tak pandai sangat nak berspeaking nie..hihih Lepas tu, time aku nak menutup mata waktu malam.. aku sekali lagi anta mesej kat dia ucap good night..huhuh

Aku buat begitu sebab aku tak nak kehilangan seorang kawan baik aku... yup betul kata orang zaman dahulu.. sekiranya kita tak mengendahkan kawan kita.. lama-lama kita kan kehilangannyer.... huhuhuh sebab tu aku cuba tul menekonteks nyer tiap2 hari semoga hubungan aku dan dia tak kan terpisah..hahaha

hmm... nak cari kawan yang setia mat susah.. istilah kawan memang banyak boleh cari.. tapi kalu kawan sejati.. memang susah.. huuhuh aku penah alaminya time aku sedih.. mase tu lah kita nak tahu siapa kawan yang benar2 sayang kat kita.... time kita senang.. memang ramai... tapi time kita sedih.. susah gielr nak cari...

aku nak pesan kat kawan-kawan aku... hargailah kawan yang kita ada sekiranya kita nak diri kita dihargai... itulah yang paling penting.. huhu

sekian..

Saturday, December 11, 2010

SAJE-SAJE...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana hari ini aku masih lagi mampu untuk terus menghirup udara segar di atas muka bumi ini.. Walaupun sudah lama aku tak menjenguk ruangan blog ini, tetapi aku masih lagi setia untuk terus menulis dalam World Of Amirr...

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku dah meninggalkan alam persekolahan. Sekejap je mase berlalu.. dan tanpa ku sedar jugak... dah satu semester aku melepasi alam universiti...huhuhu begitulah mase... cepat je kalau kita tak tunggu kan....

Aku rase xde apa yang aku ingin tulis kali ni.. just tulis kosong jew...huhuh lau ada mase.. lain kali aku akan kembali...
wasaalam

Tuesday, November 23, 2010

APABILA BOSANNNN

hahahah.. apabila kebosanan menguasai kepala aku.. macam berlaku...huhuhu nak tahu kenapa aku jadi mcm ni?? sebab dah ramai kawan-kawanku dah pulang ke semenanjung... hanya tinggal sikit jew.. memang sunyi sepi kediaman aku.. Blok A Hemiptera KSR bagaikan tiada penghuni...hihih Tak macam biase2.. hingar bingar...

So, aku tak tahu nk wat cmne lagi... hanya meraung jela keje..hak3... tapi rase macam orang giler pom ada.... hmmm lambatnyer masa berlalu.. kenapa ek.. kalau kita tunggu mase mesti lAmbat.. tapikan kalau kita tak tunggu kejap jew... hak3.. bagi aku mesti lame ag nk sampai 26 hb,... tapi bagi budak2 SPM.. alamak.. ary nih dah exam..hak4.. keciankan.. tapi apa aku kesah.. tu hak diorang..ni hal aku.. nak balik kampung...... rindu dah kat family.... huhuh

Sampai aty ek kawan-kawanku yang tinggal aku sowang2 sini..huhuhuh aku tak nak kawan dah..hahah xde r just kidding.. al maklumlah apabila kebosanan melanda.. macam boleh jadi...hak4... cukup r dlu.. kalau tak panjang agy ni aku duk melalok.. kita jumpa lagi...dfadada

Friday, November 19, 2010

KENANGAN SELAMANYA......... UPMKB SEMESTER 1....

Assalamualaikum…

Kepada semua warga upmkb… sekejap jew aku rase… dah satu sem aku menempuhi kehidupan fana di UPM kampus Bintulu ni….huhuhuh petang atdi merupakan kertas ujian terakhir aku iaitu SKP 2101 ataupun Kenegaraan Malaysia. Memang excited giler aku jawab tadi sebab almaklumlah… kertas last kan… hahahah dah 2 minggu aku berjuang tuk hadapi final exam nie…. Semangatkan aku..hihihih

Hmmm.. tapi apa yang kurang menggembirakan aku ialah aku terpaksa balik lewat..huwaaa… sedihnya hatiku… orang lain semua dah nak balik dalam masa 2 n 3 hari ini,.,.. tapi aku.. kene tunggu 1 minggu lagi…. Lambatnyer.. sesungguh penantian itu satu penyiksaan bagiku..huhuhuhuh

Dah banyak kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan sepanjang 4 bulan berada di Bintulu ni…. Macam2 pengalaman aku ada…huhuhuh bersama dengan coursemate… roommate yang haram atau halal…hihihihi… Lau tak silap aku la… sepanjang 4 bulan aku disini.. hampir 3 bulan aku ada 5 orang roommates..hahaha banyakkan… keanaganh yang takkan aku lupakan… masak sama-sama… main sama-sama… dan macam2 lagi lah…huhuhuhhu. Muhd Imran… itulah roommates halal aku..hahahha terbaekk bro… To Afham Iqbal, Adzhari , Dzafri n Ashraf… you are the best…

Ni pulak aku nak citer pasal seorang senior yang aku anggap macam abg aku sendiri…. Memang diualah yang banyak membantu aku selama aku berada disini.. dah banyakk giler dia tolong aku… laptop aku rosak.. dialah yang baiki… ajak aku kenal2 bintulu.. dialah juga yang tunjukkan.. dan banyak lagi ar.. lau aku tulis mesti panjang..huhuh maybe sem depan dah swusah nak jumpa dia sebab dia akan jalani latihan industry di Kuching…huhuhu sedihlah juga taka de dia…huhuhuh To Mohd Rafify Mazlan @ Abg Efy.. thanks for all… with out you… who am I here..huhuhhu

Ni pulak kisah budak2 blok A ( Hemiptera ) UPMKB 2010-2011… korang semua memang aku respect r… macam siblings dah… macam2 dah aku lalui bersama dengan blok A ni.. Minggu Kolegrasi.. Minggu Temasya Rakyat… n macam2 r lagi… Aku memang sayang kat korang semua tak kira SE$M 1, 3, dan 5.. semua nya dah berjuang tuk naikkan nama Blok.. Walaupun tak ada sebarang kejuaraan.. namun kita tak pernah sekali pom kalah sorak…. Team work kita kuat..hahaha But im so sorry to My Felo, Pak Su atau Encik Rahim kerana gagal menghadiahkan kejuaran padanya…. Kami janji kami akan lakukan yang terbaik sem akan datang…huhuh

Coursemate aku lak??? Hmm… ok r… korang juga yang terbaik baik aku….huhuhuhuhuh.. Kenagan aku nga korang banyak …. Kat lading same2… kuliah same2 n banyak agi…..huhuhu aku takleh nak tulis nama…sbb banyak sangat..hahah lain kali r aku tyulis nama….huhuhuhuhuh GENG OJEM KOROK HIJAU.. always in my heart.. pnah bermain bermain sama-sama… g jalan sama-sama… huhuh pernah gaduh pon adakan… tapi bagi kita ONCE WE ARE GENG>> FOREVER WE ARE GENG..hahahha

UPMKB THE BEST…hahahaha

Sunday, November 14, 2010

BERLALU BAGAI ANGIN DIPANTAI

Salam sejahtera...

emmm/.... sekejap jew aku rase bile berada kat UPMKB nie... mase berlalu dengan begitu pantas.... tanpa aku menyedari bahawa aku akan mengakhiri sem ini tak lama lagi.... Begitulah masa... takkan menunggu kita walaupun satu detik... malah akan terus meninggalkan kita andainya kita leka di bawah kehidupan sekekliling...

Aku masih ingat lagi sewaktu Minggu Perkasa Putra 4 bulan yang lepas... Minggu yang dianggap amat bermakna bagi aku yang baru memasuki dunia Universiti ini.. Aku dilatih dengan kehidupan universiti.... Minggu inilah yang memeritkan hidup aku kerana pelbagai dugaan yang melintang..huhuhu namun aku harus bersyukur kerana aku boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan alam baru ini..... MPP satu istilah yang akan berada dalam kehidupan aku selamanya....

emmm... pelbagai perkara dah aku lalui di semester ini... minggu kolegrasi... test 1 n test 2... kuliah dan sebagainya..... tanpa aku sedari... dah 4 bulan aku bergelar sebagai Siswa universiti Putra malaysia KAmpus Bintulu Sarawak ini... Masa berlalu dengan begitu pantas sekali... Kini aku sedang jalani peperiksaan akhir semester... Tinggal 3 paper je lagi... hehehe xsabar nak balik umah..hihi[hi

Namun, aku harus sedari bahawa tahun ini sekali lagi aku tak dapat merayakan hari raya aidiladha bersama keluarga tersayang.. sungguh sedihkan..hhihihih tapi aku tak kkesah sbb aku dah baise...huhuh hmmm... tak ada apa yang aku nk coretkan lagi setakat ini...
semgoa berjumpa lagi..
salam

Monday, October 25, 2010

ASSIGNMENT OH ASSIGNMENT

salam sejahtera..

emm... memang busy nga assignment..huhuhuhu ni lumrah kehidupan kat universiti.... tapi apa yang aku boleh buat... aku sebagai seorang pelajar harus menerima kenyataaan ini... tak apa.. aku terima dengan redha.. walaupun aku terpaksa mengorbankan masa tidur dan bermain ku..hahahaha

Nasib baiklah aku dah tak ada kelas untuk dua minggu mengdatang... so dapatlah aku menghabiskan masa dengan mengadap assignment aku nie..hihhihiitension tu memang ada tapi nak buat mcam mana..hihihih

emm... nasib baik lah ada kawan2 yang bagi semangat.. taklah tension sangat.. thanks to all my friend coz support me.... hihihihhi

aku rase dah tak ada aku nak luah ape...huhuhuhh jumpa lagi lain masa...

Tuesday, October 12, 2010

MUNGKIN INI REZEKI KU..

salam sejahtera..

3 bulan lebih aku berada di bumi buntulu untuk menyambung pelajaran dalam diploma pertanian.,. aku telah diberitahu oleh ibuku bahawa aku mendapat temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA.. jawatan yang aku terima ialah Medical assistant.. emm

Kini aku rase sangat kecewa keraan bakal meninggalkan kawan-kawanku yang aku kenali semenjak 2 bulan lau.. mereka semua sangat baik kepada ku .. aku amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh mereka.. Aku tak ada ape-ape perasaan sekarang ini..huhhu

emm.. memang betul apa yang dicakapkan oleh semua orang bahwa kita perlu hormat akan keputusan ibu n i will try to accept it.. Walaupun aku tak berapa minat tentang dunia kedoktoran ini namun aku akan lakukan yang terbaik masa interview 20 Oktober nanti,.. kepada kawan-kawanku aku pohon doa iringi temuduga ku nanti..

segala jasa dan segala kenangan kita bersama akan aku abadikan dalam kenangan yang terindah sekiranya takdir menentukan untuk kita berpisah suatu hari ini.... bertapa susahnya untuk lupakan korang sekiraya kita tak bertemu lagi hahahaha..
aku rase stakat nie je kot untuk hari ini.. maafkan aku kerana sudah lama tak menjenguk blog ini..
wassalam...