Monday, February 7, 2011

POST KE-100 AKU !!!


alhamdulillah kali ini aku berjaya juga menulis untuk entri aku yang seratus nie.. hahaha Baru seratus jew?? Padahal dah 3 tahun Blog World Of Amirr ini ditubuhkan.. tapi kenapa baru seratus entri?? Mungkin itu persoalan yang ada difikiran andakan??
HMMm.. sebenarnya aku taklah mempunyai banyak masa utnuk menghabiskan masa di Dashboard Blog nie jew... Aku masih mempunyai banyak komitmen yang harus dilaksanakan.. Komitmen sebagai seorang anak.. Komitmen sebagai seorang pelajar yang harus menyiapakn tugasan yang diberi.. dan banyak lagi lah.. Jadi.. Peratusan aku untuk menghadap Blog ini hanyalah sedikit sahaja...

Lagi pon... Tujuan aku buat blog nie pon hanya untuk meluangkan masa lapang aku jew.. takdelah borink sangat kalau ade blog nie.. dan satu agy.. blog ini dibuat hanyalah untuk meluahkan isi hatiku jew.. bukannya bertujuan untuk kormesial.. Hobi aku pon sebenarnya menulis artikel2.. bagi akulah kalau wat blog ni.. misalnya ade jew tak puas aty ke.. tulis jew artikel yang anda minat kat blog sendiri... Hilang rase tension lepas itu... itulah cara aku.. sebab itulah WORLD OF AMIRR nie ditubuhkan...hahaha

Ni aku nak kongsikan sikit lah pasal blog nie.. Sepanjang 3 Tahun aku melakukan penulisan yang tak seberapa dalam blog nie.. Jumlah pengunjung kat blog aku nie ialah 853 orang.. banyak jugaklah tu kan..hihihi dan Follower aku pulak da sampai 20 orang...

akhir sekali.. aku ingin mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan kuasanya aku masih lagi dapat menguruskan Blog ini.. tak lupa jugak kepada semua kawan-kawan blogger yang banyak memberi ilham kepada aku.. tak ketinggalan kepada kawan-kawan aku Batch 32 SESMA dan UMPKB yang dah banyak memberi kan aku semangat untuk aku meneruskan hobi aku nie..

THANKS FOR ALL....

Sunday, February 6, 2011

Hanging Out Wif My Fwen "DPT SEM 2 2010/2011"

hmmm.. aku rase hari nie aku nak kongsi lah sikit nga korang semua tentang apa yang dah aku lakukan mase Chinese New Year ary tu... walaupun aku tak dapat tuk pusing-psing kat bornea nie.. tapi aku happy la jugak sebab aku n DPT geng berkelah kat pantai temasya Bintulu.. ataupun lebih dikenali dengan Pantai Tanjung Batu...

Firstly aku nak bgtau lah jugak tentang tempat nie... emm.. tempat nie boleh la untuk berkhelah dan sgt sesuai tuk meluangkan mase dgn family... Banyak pokok yang rendang selain itu ade jgak tempat tuk berehat... ade pondok.. tempat barbeque n macam2 lagi... about it beach... i think it is suitable to child kot...hahahha...

ni aku nak citer lak pasal kitaorang yang dah berpicnic kat Tanjung Batu tu... Ianya bermula dengan idea ingin ke miri... lepas2 bincang tak jadilah pulak.. aku pon tak tahu kenapa.. sebab bukan aku yang organize the plan..hhahaha Lepas tu aku dengar lah pulak... Ade suggestion tuk ke Taman Negara Semilajau... I Think it is the intersting place... But... last2 minit same mcm plan nak g miri... CANCEL... hmm aku pon tak tahulah jugak knpa ianya dibatalkan.. mcm2 diorang nie..

Last-last skali ade lah member satu kos nga aku nie call... Dye ckap nk buat PICNIC kat tanjung batu,,, aku pon cakap okeyh jew... Orang ajak.. kita join r.. bak kate pepatah.. Rezeki jangan di Tolak .. kan3??hahahah Aku pon suruh kan konfirmkan brape orang nak pergi sebab mudah sikit nak sediakan ayam n makanan nanti... Setelah ditanye akhirnya 23 orang sahaja yang dapat join Picnic sebab ade yang lain kene buat kerja.. Kalau ramai lagi best kan...

Picnic ni berlaku pada 5 Februari 2011.. bersamaan ary sabtu..hiihhih Kitaorang berkelah daripada pukul 8 pg sampailah 5 ptang.. enjoy giler kot....hahaha... aku rase perhubungan antara kami satu kos makin rapat... aku bangga menjadi slah seorang warga Diploma Pertanian Smester 2 2010/2011...hahaha Tapi tak best jgak sebab ramai lagi yang tak join... tak pelah.. lain kali kalau ade mase lagi.. kita buat balik picnic nie..hahaha

Kepada semua yang telah menjayakan program ni aku dahulukan dengan ucapan juataan terima kasih yang tak terhingga... ni ade sikit kenangan aku dan kawan-kawan di Pantai tanjung batu.... hihihi

Friday, February 4, 2011

AKU ANAK TRANUNG...!!!!

Korang pernah dengar tak lagu nie???


Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganumemang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi guang gamoik tu
Yak kelih wak tangi

Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoy hoy hoy
bangun ke laut eeh...
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete
Ramai orang, atah gere

Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Selamt datang wei...
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang
Negeri kami

Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Inilah satu-satunya lagu yang aku paling suka sejak kecil hingga lah sekarang... Lagu nie jgak lagu yang menjadi ikon dan petunjuk kepada pelancong ke Negeri penyu nie... Yang nyanyi lagu nie pon... Anak jati Ganung... memang aku respect r dia..

Terengganu darul Iman.. tempat tumpahnya darah aku... disinilah aku membesar walaupun aku dulu pernah tinggal Kat KL.. tapi terengganu sentiase kat aty aku nie... Yup.. dari kecil sampai lah besar... Belajar di SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD pon kat tranung jugok...hahaha

Tapi ape yang aku sedih skit skarang aku dah berada di Ngeri Sarawak... akhirnya kau terpakse jugak tinggalakn trengganu... But.. nak wat camne kan... nak blajr.. terpakse r kene berhijrah... aku relakan jugak..hahaha

But.. ape pon terjadi.. aku tetap anak jati Terengganu... dihatiku ada terengganu jew....hahahahah

Thursday, February 3, 2011

BELAJAR DARIPADA KESALAHAN...

ERM... tengah aku duk saje-saje tadi.. teringat pulak kat kata-kata senior aku memerangkap bekas ketua Blok kediaman aku.. Hemiptera A kolej Sri Rajang UPMKB..

FIRST MISTAKE IS LEARNING PROCCESS...
SECOND MISTAKE IS MISTAKE...

Yup.. aku amat tertarik dengan kata-kata dia nie... memang benar apa yang dikatakan dia tu... Kesalahan pertama adalah proses pembelajaran... dan kesalahan serupa yang dilakukan buat kesekian kalinya adlah kesalahan yang tidak lagi boleh dimaafkan...

Inilah kehidupan.. Kita seharusnya sentiasa belajar daripada setiap kesalahan walaupun kesalahan itu kecil... Dan untuk mencari kesempurnaan dalam hidup ini biasanya bermula daripada kesalahan...

Bukan mudah untuk kita berjaya dalam hidup ini.. Pasti ada kesalahan atau kesilapan walaupun ianya hanya sebesar kuman.. dan aku tidak akan percaya sekiranya seseorang itu akan mengakui bahawa dirinya tak pernah melakukan kesalahan kerana apa yang aku tahu bahawa Rusul Junjungan kita sahaja yang tak pernah melakukan keslahan atau dosa... Pencipta mentol yang menerangi kita nie pon beratus-ratus kali mencubanya sebelum dapat menciptanya...

Erm.. aku pon akui bahawa aku dah banyak melakukan kesalahan dalam hidup ini... aku tak mampu menjadi manusia yang sempurna kerana aku adlah insan yang sangat kerdil disisnya.. namun aku akan cuba memperbaikinya....

Wednesday, February 2, 2011

"Teman","Sahabat", "Kawan"



Tiga perkataan yang sama daripada maksudnya tapi berbeza daripada istilahnya,...
Memang dulu aku pon tak pernah nak ambik tahu pasal maknanya... Sampailah satu hari aku mengetahui bahawa iainya sangat berbeza... Pernah satu ketika aku bertanya maksud Teman, Sahabat dan kawan kepada kawan-kawanku... Dan jawapanyang aku terima ialah.. Ejaan dan sebutan dia yang lain... hahaha kadangkala ianya bolehmembuatkan kita ditertawa kerana menanyakan soalan yang sebegitu.. But for me... Ketiga-tiga ni mempunyai maksud yang berbeza sekali...
Kawan... satu istilah yang sangat biasa kita dengar.. kebiasaanya kawan ini ditujukan kepada orang yang kita kenali... Contohnya kawan yang baru kita jumpa kata FB or tweeter.. tak pun seseorang yang kita kenali di majlis-majlis macam majlis harijadi kew,, kat pasar malam kew.. itulah bagi aku....
Maksud TEMAN bagiku ialah seseorang yang boleh kita berkongsi sesuatu dengannya.. contohnya... Kita boleh berkongsi suka dan suka dengan nya.... Dia sudi mendengar segala permasalahan kita... Teman juga ialah seseorang yang lebih rapat daripada kawan.. Mungkin juga sahabat ini mampu memahami akan erti sahabat.. pernah tak kita dengar pepatah.. TEMAN MAKAN TEMAN?? tak ada kan?? Sebaliknya hanya yang kita dengar ialah KAWAN MAKAN KAWAN ... ini bermakna istilah kawan itu ialah tak seakrab hubungan dengan seorang TEMAN.. SAHABAT IALAH TEMAN, TETAPI TAMAN BUKANNYA SAHABAT

SAHABAT bagiku pula ialah seseorang yang mampu memahami dan mendalami apa jua perasaan kita... Sahabat juga akan sentiasa berada disisi kita tidak kira masa.. Sahabat akan bersama kita dalam semua situasi sama ada sedih.. Sahabat ini mempunyai nilai yang amat tinggi... Mereka mampu mendalami setiap apa yang kita rasakan...huhuhh Jika kita lihatlah.. Pada zaman rasulullah dahulu menggunakan sahabat ini bermakna sahabat itu amat bernilai.... Mungkin pada zaman sekarang nie amat susah nak mencari seorang sahabat...

Aku rasa inilah perbezaan daripada tiga perkataan nie.. aku pun tak berapa pasti.. hanya ini yang aku dapat maksudkannya... kerana aku bukanlah ahli falsafah yang agung,, sebaliknya aku hanya insan yang kerdil di muka bumi ini...



TEMAN OR Sahabat SEJATI ????



Dalam kesunyian di petang yang hening ini.... Kedengaran berdas-das bunyi mercun daripada kawasan perumahan yang berdekatan.... Kemeriahan sambutan tahun baru cina di sini memang meriah... Aku tak nafikan iainya meriah sebab majoriti penduduk di Bandar Bintulu, sarawak ini ialah cina.. Tapi apa yang aku lihat,,.. Ianya meriah kerana semua kaum akan bersama-sama meraikannya.. satu budaya yang hanya ada Di Malaysia jew aku rase..

Hari nie dah masuk hari kedua aku kesunyian tanpe roomates ku...huhuhu Aku harap dia seronok sekarang di Miri.. semoga perjalannya selamat pergi dan balik... Hari nie juga aku dah menonton satu movie yang dianggap bermakna jugak.... 3 IDIOTS.. Mungkin anda semua dah menonton filem tu... Yup.. bagi aku lah... citer banyak sangat2 pengajaran yang dapat kita perolehi...
Aku dah dua kali menonton citer nie hari nie... Bukan sebab heroin dia cantik.. Tapi pengajaran dan teladan yang aku perolehi banyak... PERSAHABATAN... itulah mungkin yang ingin disampaikan oleh direktor atau penerbit filem nie...

Memang benar.. Nilai persahabatan amat besar dalam hidup setiap manusia... tapi untuk mencari seorang sahabat yang benar-benar sejati amat lah sukar.. Aku rase.. Dalam Blog aku nie.. banyak aku ceritakan pasal persahabatan kot.. aku rase sebab aku tulis begitu banyak tentang persahabatan nie sebab aku tahu... Nilai sesebuah persahabatan amat besar nilainya selain daripada Ibu Bapa...
Dalam sejuta sahabat yang kita kenal dalam dunia nie.. sama ada satu sekolah, satu U ataupun kita kenal melalui Facebook or tweeter... Mungkin hanya satu orang sahaja yang betul2 memahami jiwa kita mahupun memahami keluarga kita... Memang amat sukar untuk mencari teman yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kita... ermmm.... Apa yang pernah aku lalui la... Pabila seorang kawan yang aku anggap dia kawan sejati tidak lagi mempedulikan aku ... Mase tulah aku baru aku kenal siapa kawan aku...hahaha bengom jugak citer aku nieyh...hahaha

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang sangat indah.

Persahabatan sering sahaja menjelmakan kita dengan halangan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi halangan itu... Persahabatan tidak terjalin secara sendri tetapi memerlukan masa yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, diabaikan, dibantu mahupun ditolak, namun semua ini semua ini dilakukan bukan untuk membenci ataupun menyisihkan sahabat..... Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Seorang sahabat takkan menyimpan pukulan dengan senyuman tetapi akan menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat amat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan... Dan dari situlah barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerrna dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak mampu memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **

Tuesday, February 1, 2011

UNTUKMU DISANA, KUIRINGI DENGAN DOA.

Kalau di Malaysia kini beberapa buah negeri iaitu Johor, Pahang , negeri sembilan dan Melaka... kalau dahulu.. bila sebut jer banjir mesty negeri-negeri pantai timur yang menjadi mangsa namun sejak kebelakang ini... aku tengok bahagian selatan Tanah air pula ditenggelami air... Inilah ujian yang diberikan oleh yang maha Esa supaya hambanya sentiasa tidak melakukan larangannya... Setiap kali banjir , mesty sahaja kita dengar ada nyawa yang meragut... tak kira kanak-kanak mahupun dewasa....

Namun, sehangat-hangat berita di Malaysia.. lebih hangat lagi suasana ketegangan di Mesir... Rusuhan Antikerajaan telah berlaku dan menyebabkan Mesir kini lumruh dalam semua operasi... Mengapakah ini semua berlaku?? ermm.. gara-gara proses penggulingan presiden rejim Hosni Mubarak... Keadaan di mesir kini berada dalam zon kuning dan masih lagi berjaga-jaga....

Apa yang dirunsingkan oleh seluruh rakyat Malaysia ialah keadaan dan situasi rakyat Malaysia yang hampir 11 ribu orang menetap di Mesir... Jika diikutkan keadaan... Mesir kini makin parah dengan balai polis di bom... Kedai-kedai dirompak.. seolah-olah tiada siapa yang memerintah..Talian internet dan elektrik juga dipotong... bagaimana harus berhubung??
aku dapat informatin nie daripada blogger-blogger yang lain jugak...


ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116,
atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

ermm... aku juga still lagi menunggu khabar berita daripada kawan-kawanku yang kini sedang belajar di Mesir... Yup kalau dulu sering jew dapat tahu keadaan disana.. tapi biler keadaan begini... Tiada langsung khabar dari mereka...

Apa yang aku harapkan ialah iringan doa daripada seluruh umat islam di muka bumi ini agar seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam yang berada di Bumi Monsoura , Mesir supaya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian diingini...

salam