Thursday, February 3, 2011

BELAJAR DARIPADA KESALAHAN...

ERM... tengah aku duk saje-saje tadi.. teringat pulak kat kata-kata senior aku memerangkap bekas ketua Blok kediaman aku.. Hemiptera A kolej Sri Rajang UPMKB..

FIRST MISTAKE IS LEARNING PROCCESS...
SECOND MISTAKE IS MISTAKE...

Yup.. aku amat tertarik dengan kata-kata dia nie... memang benar apa yang dikatakan dia tu... Kesalahan pertama adalah proses pembelajaran... dan kesalahan serupa yang dilakukan buat kesekian kalinya adlah kesalahan yang tidak lagi boleh dimaafkan...

Inilah kehidupan.. Kita seharusnya sentiasa belajar daripada setiap kesalahan walaupun kesalahan itu kecil... Dan untuk mencari kesempurnaan dalam hidup ini biasanya bermula daripada kesalahan...

Bukan mudah untuk kita berjaya dalam hidup ini.. Pasti ada kesalahan atau kesilapan walaupun ianya hanya sebesar kuman.. dan aku tidak akan percaya sekiranya seseorang itu akan mengakui bahawa dirinya tak pernah melakukan kesalahan kerana apa yang aku tahu bahawa Rusul Junjungan kita sahaja yang tak pernah melakukan keslahan atau dosa... Pencipta mentol yang menerangi kita nie pon beratus-ratus kali mencubanya sebelum dapat menciptanya...

Erm.. aku pon akui bahawa aku dah banyak melakukan kesalahan dalam hidup ini... aku tak mampu menjadi manusia yang sempurna kerana aku adlah insan yang sangat kerdil disisnya.. namun aku akan cuba memperbaikinya....

No comments: