Tuesday, February 1, 2011

UNTUKMU DISANA, KUIRINGI DENGAN DOA.

Kalau di Malaysia kini beberapa buah negeri iaitu Johor, Pahang , negeri sembilan dan Melaka... kalau dahulu.. bila sebut jer banjir mesty negeri-negeri pantai timur yang menjadi mangsa namun sejak kebelakang ini... aku tengok bahagian selatan Tanah air pula ditenggelami air... Inilah ujian yang diberikan oleh yang maha Esa supaya hambanya sentiasa tidak melakukan larangannya... Setiap kali banjir , mesty sahaja kita dengar ada nyawa yang meragut... tak kira kanak-kanak mahupun dewasa....

Namun, sehangat-hangat berita di Malaysia.. lebih hangat lagi suasana ketegangan di Mesir... Rusuhan Antikerajaan telah berlaku dan menyebabkan Mesir kini lumruh dalam semua operasi... Mengapakah ini semua berlaku?? ermm.. gara-gara proses penggulingan presiden rejim Hosni Mubarak... Keadaan di mesir kini berada dalam zon kuning dan masih lagi berjaga-jaga....

Apa yang dirunsingkan oleh seluruh rakyat Malaysia ialah keadaan dan situasi rakyat Malaysia yang hampir 11 ribu orang menetap di Mesir... Jika diikutkan keadaan... Mesir kini makin parah dengan balai polis di bom... Kedai-kedai dirompak.. seolah-olah tiada siapa yang memerintah..Talian internet dan elektrik juga dipotong... bagaimana harus berhubung??
aku dapat informatin nie daripada blogger-blogger yang lain jugak...


ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116,
atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

ermm... aku juga still lagi menunggu khabar berita daripada kawan-kawanku yang kini sedang belajar di Mesir... Yup kalau dulu sering jew dapat tahu keadaan disana.. tapi biler keadaan begini... Tiada langsung khabar dari mereka...

Apa yang aku harapkan ialah iringan doa daripada seluruh umat islam di muka bumi ini agar seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam yang berada di Bumi Monsoura , Mesir supaya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian diingini...

salam

No comments: