Monday, April 18, 2011

Bicara cinta...

Cinta… itulah istilah yang ramai orang suka.. dan itulah juga istilah yang membuatkan ramai jadi trauma tuk mendekatinya…hehehe Bila saat hati mula mekar dengan haruman cinta nie.. semuanya indah kan.. tapi bile dah perhubungan tu berakhir di tengah jalan.. macam-macam pula yang keluar dari mulut… lepas tu adalah pulak 3 ary 3 malam duk layan lagu sedih… nak-nak lagu Dadali yang tengah top sekarang nie….

Memang sukar tuk terima sebuah perpisahan kan walalupun ianya tak pernah ada dalam ungkapan sewaktu bercinta.. namun itulah ujian daripada yang Esa terhadap hambanya.. mungkin ujian itu untuk menguji kesabaran hambanya dalam mengharungi hidup ini… Apa yang aku nak nasihat kat sini… janganlah sebab cinta je… korang jadi tak tentu hala…. Dan sebab putus cinta korang sedih sampai abis tisu kat supermarket korang guna..hehehe

Aku juga tak dapat nafikan bahawa tuk melupakan seseorang yang amat kita cintai sangat sukar.. mungkin lebih susah daripada jawab Add Math kot..hehehe aku tahu nie pon sebab aku pon pernah jugalah alami perpisahan nie.. memang perit sangat2…. Nak- nak time lepas clash tuh… hari-hari jumpa dia.. wowwww… mamang trase pedih macam kene duri je kat hati ea..hahaha ( ayat takleh bla..) jadi ni aku nak bagi

sikit tip macam mane tuk lupakan insan yang pernah singgah kat hati kita dulu…

Firstly lakukan solat hajat, istikarah dan berzikirlah banyak-banyak… ini bagi yang muslim lah.. kita kene ingat bahawa yang Esa hanya munguji kita.. Mungkin Dia sengaja menemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum kita jumpa cinta sejati kita… Dengan lakukan ibadah ini.. jiwa kita akan jadi tang dan secara tak langsung kita dah dapat lupakan dia…

Selain tu jugak anda semua perlulah Menghapus kenangan bersama si dia sebabnya mungkin setiap perkara yang pernah korang lakukan akan membuatkan korng teringat padanya.. jadi untuk lupakan si dia.. korang mesti buang jauh-jauh si dia dalam lamunan korang… sangat susah tuk buat semua nie… sebabnya dia dah pernah jadi sebahgian dalam kehidupan korangkan.. tapi dengan semangat yang kuat.. aku yakin anda mampu lakukan… simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Korang jugak perlu tahu bahawa situasi anda sekarang nie pernah dialami oleh rakan-rakan korang.. jadi janganlah segan silu tuk ceritakan kepada rakan anda… mungkin ini dapat kurangkan sikit tekanan dan kesedihan yang dilami korang tu…. Kalau kawan-kawan korang beri nasihat.. dengarlah dengan sebaik-baiknya… tapi itu pun kalau korang sudi dengar dan bukan jenis keras kepala…hehehe

Cubalah untuk keluar bersama rakan-rakan yang pernah korang tinggalkan sewaktu bersama si dia dahulu.. dengan cara ini secara tidak langsung akan membuatkan korang lupakan tentang si dia… tapi semasa keluar bersama kawan-kawan tu korang jangan sedikit pom piker tentang dia.. lau tak sama jelah keluar nga kawan atau tak..kan3?? semasa keluar tu cubalah cerita atau lakukan perkara2 yang membolehkan korang ketawa…

Korang jangan sesekali tuk cari seorang penggantinya dalam waktu yang singkat.. sebabnya korang bukan benar-benar sayangkan dia tetapi sebaliknya korang hanya ingin hati itu tidak sunyi dan tidak keseorang… ini suatu yang amat bahaya.. bukan akan selesaikan masalah tetapi hanya akan membuat maslah korang lagi bertambah….hehehe

Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. Terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati
kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar
anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan. Janganlah sesekali keluarkan perkataan “ Jantan… semuanya sama…” atau “ Ala.. perempuan sama je la..” kerana setiap insane kurniaNya merupakan yang terbaik dan juga mempunyai kelbihan serta kekurangan masing-masing…

Sunday, April 17, 2011

HARI bersejarah UPMKB....



14 April 2011 boleh dianggap sebagai hari bersejarah buat Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu apabila Menteri Pengajian Tinggi.. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sudi hadir untuk merasmikan Dewan Sri Kenyalang yang siap pada awal tahun ini... Selain itu juga, Menteri Pengajian Tinggi turut merasmikan pelancaran program persediaan diploma yang akan diadakan di kampus ini bermula semester depan...

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


Majlis yang gilang gemilang tersebut bermula dengan ucapan oleh Datuk Dr Radin Omar , Naib Canselor UPM yang baru. Beliau turut menyatakan jutaan terima kasih kepada YB menteri kerana sudi meluangkan masa untuk bersama siswa dan siswi UPMKB walaupun sibuk dengan pilihanraya dun negeri Sarawak....Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk seri Mohamed Khaled Nordin.... beliau menyatakan bahawa program persediaan diploma ini amat wajar dan bersesuaian dengan misi kerajaan yang inginkan setiap rakyat Malaysia mampu untuk melanjutkan pelajaran.....

Datuk Dr. Radin Omar
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia

selain itu... majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada siswa dan siswi UPMKB ini selain dengan simbolik perasmian yang berbeza daripada biasa.. semoga adanya dewan Sri Kenyalang ini akan lebih bermakna buat semua warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak ini......

Menangislah wahai mata....




‎"..menangislah,supaya kau tahu ada bezanya antara air mata meratapi dunia dengan tangisan memanggil Yang Esa.."


Thursday, April 14, 2011

IBU…. Kasih mu sampai ke Syurga…..

Saat kita dilahirkan ke dunia yang penuh cabaran ini, insane yang paling bahgia sekali ialah ibu bapa kita… disaat suara tangisan kita memenuhi di kawasan sekitar, disaat itulah juga air mata kegembiraan mula mengalir dipipi ibu dan bapa kita. Bertapa gembiranya mereka dapat menerima ahli baru di dalam keluarga… di saat itulah juga harapan untuk melihat insane yang abru di muka bumi ini menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama , bangsa dan Negara suatu hari ini…

Seorang ibu sanggup membawa kita kemana sahaja si ibu pergi selama Sembilan bulan sepuluh hari ketika kita berada dalam kandungnya… Seorang ibu juga sanggup tidak tidur dikala orang lain sedang nyenyak menghayati mimpi di waktu malam kerana tidak mahu anaknya diganggu nyamuk sewaktu tidur… kerana ibunya ingin memastikan si anak tidur dengan selesa sekali.. biarlah ibu tak cukup tidur asalkan anak kesayangan ibu mendapat tidur yang cukup… Tapi… Kita masih lagi menangis dii waktu malam tanpa sebab.


Seorang ibu juga sanggup mengikat perut supaya anak-anaknya tidak berasa lapar walaupun sedikit… Ibu juga tak pernah merungut tentang apa yang dimakannya… bagi seorang ibu cukuplah sekadar untuk mengisi perutnya… TAPI… kita sering sahaja merungut.. kenapa asyik lauk sama sahaja yang dihidangkan kepada kita.. tanpa kita memikirkan adakah ibu sudah menjemah makanan hari ini…?

Tanpa kita sedari, air mata ibu sekali lagi mengalir jatuh dipipi.. menangis kegembiraan apabila kita ditawarkan ke sekolah berasrama ataupun melanjutkan pelajaran ke university… Disaat itu jugalah ibu sanggup mengeluarkan segala simpanannya bagi memastikan kita terus melanjutkan pelajaran… Ibu juga sangat runsing bila kita berada jauh darinya.. runsing andainyakita tak mampu untuk mengahrungi hidup yang penuh dugaan ini… TAPI.. Kita sangat gembira kerana dapat berada jaih dengan ibu… kita akan berasa bebas daripada konkongan ibu… walaupun kita sedari bahawa ibu bersusah payah untuk mendidik kita sejak kita mula melihat bulan dan matahri lagi…

Sedarlah wahai anak-anak.. bahawa seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan selesa, berada di jalan akidah yang benar dan sentiasa beringat akan perkara-perkara yang tak baik… janganlah biarkan air mata kesedihan mengalir di pipi seorang ibu yang telah membawa kita ke dunia ini… Berfikir-fikirlah untuk melakukan sesuatu perkara… sesungguhmya air mata seorang ibu itu amat mahal dan tak ternilai.. jadilah seorang anak yang mampu untuk menggembirakan hati ibu yang selama ini penuh dengan kerosauan terhadap kita….

Wednesday, April 13, 2011

Bila Hatiku berbicara ( Part 1 )

Hari ini aku masih lagi diberikan peluang untuk terus menghirup udara dan menikmati suasana dimuka bumi pinjaman nya ini…. Terima kasih diatas pemberian yang tidak ternilai ini… Di kala aku masih lagi menanti siapakah suri yang akan singgah di hati ini… di kala inilah juga aku sedang memikirkan saat kedatangan Final Exam tak lama lagi…

Tipulah andainya aku ni tiada perasaan untuk memiliki sorang ratu sebagai teman… Penawar dikala duka.. pengubat dikala rindu… penghibur dikala hatiku keresahan… Memang itu tak dapat dinafikan oleh hati sanubari ini… aku juga ingin insane yang bernama wanita dihati ini….

Memang satu ketika dahulu hati ini pernah disinggah oleh seorang yang bernama perempuan.. namun apa yang ku sangkakan suka di sepanjang hari rupanya duka yang hadir dipertangahan nya… Disaat hatiku ini telah menyerahkan segala jiwa untuk dirinya… disaat itulah keikhlasan dan kejujuran aku dibalas dengan kepedihan dan kesedihan sewaktu dirinya pergi meninggalkanku…

Dirinya pergi sewaktu cintaku terhadapnya mula mekar bagaikan bunga mawar yang kembang dipagi hari…. Perginya telah membuatkanku hilang kepercayaan terhadap satu kalimah yang dinamakan CINTA.. Memang benar.. cinta itu suci andainya dijaga akan peradabannya… namun.. jika hanya peradaban sewaktu melayari zaman cinta tidak cukup untuk terus mengekalkan perhubungan yang dibina atas dasar kasih dan sayang antara satu sama lain… Kejujuran dan kesetiaan juga amat penting dalam mengekalkan kebahagian,..

Disaat aku ditinggalkan suatu ketika dahulu … membuatkan diriku semakin serik untuk terus bersama kalimah yang berbunyi C.I.N.T.A… walaupun esok masih lagi ada sinar harapan bagi cinta terus berputik.. namun bagiku… tak mudah untuk melupakan seseorang yang pernah berada dihati kita suatu ketika dahulu….

Monday, April 11, 2011

FINALLY...

Sekian lama aku tak dapat menulis kat blog nie… akhirnyer dapat jugak nak mengarut kat sini..hehehe (lama lah sangat.. padahal baru seminggu )… n way… aku nak ucap thanks to UPM sbb dah baiki system wireless kat sini…hehehe… sekarang nia aku tengah menantikan detik 11 mei.. tarikh keramat sebab aku balik mase tu.. tak sabar rase nak jumpe family kat kampong….hehehe

Sekarang nia aku berada di minggu ke-14 iaitu minggu terakhir untuk mengahdiri kuliah dalam semester 2 nie… minggu depan study week… rehat tuk satu minggu… rehat??? Ermm.. xkot sebab banyak lagi aku tak cover… lepas tu pulak final exam..huhuhuhu/… so scare to me…huhuhu target aku sem nie.. nak lepas 3.0 pointer..arap2 tercapai..hehehe

Ni la aku nak story skit… bru2 nie aku ade lah contact kawan lama aku…. Skunk blaja kat uitm kuala pilah….huhuhu dah lame tak contact dia… sbb busy n satu ag sbb aku tak nak ganggu dia.. cewah…bia btol aku nie… aku nga dia bergayut hamper sejam lebih.. bagi aku tu dah kira lame r tu… macam2 kami crita.. maklumlah… dah lame tak contact kan…hehehe tu jelah aku nak cter sal dia… aku happy dapat ckap nga dia.. 

Aku rase lah … dah tak de pape aku nak marapu skunk nie… hope dapat merapu kat sini lagi lpas nie… salam….

Friday, April 1, 2011

Mengapakah ini semua berlaku????

tepat jam 6.50 semalam 31 Mac 2011... kawan aku datang ke bilik ke aku... " amirr, aku ada benda nak bagitahu kau... tapi jangan terkejut... Abu excident kat waterfall UPM " mase tu.. aku dengar je perkataan tu.. badan aku jadi lembik... macam nak pitam.. aku pon tak tahu kenapa... Lepas tu... aku terus je ke tempat kejadian...

Sampai je kat tempat kejadian tu... aku tengok anggota perubatan mase lagi bertungkus lumus tuk mengangka Abu ke dalam ambulan... aku berada dekat dengan abu... badan dia di kelilingi oleh pgawai perubtan,... aku jadi makin lemah... tengok roomates aku terbaring aku di tepi sebtang pokok... Tangannya berbalut.... dan hanya kedengaran suaranya mengerang kesakitan... aku dapat tahu bahawa tangan patah... Selepas itu, abu dibawa menaiki ambulans ke Hospital Bintulu... dalam perjalanan di sana... Afham berada di sisi abu kerana aku terpaksa menguruskan hal motor abu... afham lah yang sentiasa menyuruh abu kuatkan semangat dalam ambulans itu...

selepas moto dan barang2 abu di bawa ke Blok.. aku terus bergegas untuk ke Hospital bagi mengetahui keadaan abu sekrang... risau sangat2... erm.... dalam pukul 8.15 aku sampai kat Hospital Bintulu... tapi Abu masih lagi dalam wad kecemasan... Kuning... itulah lampu yang bernyala di kawasan bilik kecemasan itu... hampir 1 jam setengah Abu di dalam.. aku pon tengok abu dibawa ke bilik xray... abu dah xsdarkan diri macam mula2 tadi... Aku memaklumkan perkara ini kepada Parents dia.. terkejut... itulah reaksi seorang ibu apabila mengetahui anaknya excident... nak2 duk jauh pulak dengan keluarga... aku dimaklumkan bahawa ayah n mama abu aku datang.(1 april 2011 pukul 9.30 sampai)

Lepas tu aku dapat tahu bahawa... Abu @imran kena bedah malam tu jugak sebab ada pendarahan dalam kat bahagian perut... aku makin lah bimbang... dalam pukul 9 30 abu dibawa masuk ke bilik bedah... ramai staff2 UPM dan kawan2 datang mase tu nak tahu keadaan abu...
Tepat jam 130 pagi.. aku dimaklumkan bahawa abu dah selamat dibedah,,, dan berada dalam Icu.. tapi keadaan amse lagi stabill....

Aku harapkan agar abu cepat sembuh..... amin ya rabbal alamin...