Sunday, April 17, 2011

HARI bersejarah UPMKB....



14 April 2011 boleh dianggap sebagai hari bersejarah buat Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu apabila Menteri Pengajian Tinggi.. Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sudi hadir untuk merasmikan Dewan Sri Kenyalang yang siap pada awal tahun ini... Selain itu juga, Menteri Pengajian Tinggi turut merasmikan pelancaran program persediaan diploma yang akan diadakan di kampus ini bermula semester depan...

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


Majlis yang gilang gemilang tersebut bermula dengan ucapan oleh Datuk Dr Radin Omar , Naib Canselor UPM yang baru. Beliau turut menyatakan jutaan terima kasih kepada YB menteri kerana sudi meluangkan masa untuk bersama siswa dan siswi UPMKB walaupun sibuk dengan pilihanraya dun negeri Sarawak....Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk seri Mohamed Khaled Nordin.... beliau menyatakan bahawa program persediaan diploma ini amat wajar dan bersesuaian dengan misi kerajaan yang inginkan setiap rakyat Malaysia mampu untuk melanjutkan pelajaran.....

Datuk Dr. Radin Omar
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia

selain itu... majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada siswa dan siswi UPMKB ini selain dengan simbolik perasmian yang berbeza daripada biasa.. semoga adanya dewan Sri Kenyalang ini akan lebih bermakna buat semua warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak ini......

No comments: