Thursday, April 14, 2011

IBU…. Kasih mu sampai ke Syurga…..

Saat kita dilahirkan ke dunia yang penuh cabaran ini, insane yang paling bahgia sekali ialah ibu bapa kita… disaat suara tangisan kita memenuhi di kawasan sekitar, disaat itulah juga air mata kegembiraan mula mengalir dipipi ibu dan bapa kita. Bertapa gembiranya mereka dapat menerima ahli baru di dalam keluarga… di saat itulah juga harapan untuk melihat insane yang abru di muka bumi ini menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama , bangsa dan Negara suatu hari ini…

Seorang ibu sanggup membawa kita kemana sahaja si ibu pergi selama Sembilan bulan sepuluh hari ketika kita berada dalam kandungnya… Seorang ibu juga sanggup tidak tidur dikala orang lain sedang nyenyak menghayati mimpi di waktu malam kerana tidak mahu anaknya diganggu nyamuk sewaktu tidur… kerana ibunya ingin memastikan si anak tidur dengan selesa sekali.. biarlah ibu tak cukup tidur asalkan anak kesayangan ibu mendapat tidur yang cukup… Tapi… Kita masih lagi menangis dii waktu malam tanpa sebab.


Seorang ibu juga sanggup mengikat perut supaya anak-anaknya tidak berasa lapar walaupun sedikit… Ibu juga tak pernah merungut tentang apa yang dimakannya… bagi seorang ibu cukuplah sekadar untuk mengisi perutnya… TAPI… kita sering sahaja merungut.. kenapa asyik lauk sama sahaja yang dihidangkan kepada kita.. tanpa kita memikirkan adakah ibu sudah menjemah makanan hari ini…?

Tanpa kita sedari, air mata ibu sekali lagi mengalir jatuh dipipi.. menangis kegembiraan apabila kita ditawarkan ke sekolah berasrama ataupun melanjutkan pelajaran ke university… Disaat itu jugalah ibu sanggup mengeluarkan segala simpanannya bagi memastikan kita terus melanjutkan pelajaran… Ibu juga sangat runsing bila kita berada jauh darinya.. runsing andainyakita tak mampu untuk mengahrungi hidup yang penuh dugaan ini… TAPI.. Kita sangat gembira kerana dapat berada jaih dengan ibu… kita akan berasa bebas daripada konkongan ibu… walaupun kita sedari bahawa ibu bersusah payah untuk mendidik kita sejak kita mula melihat bulan dan matahri lagi…

Sedarlah wahai anak-anak.. bahawa seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan selesa, berada di jalan akidah yang benar dan sentiasa beringat akan perkara-perkara yang tak baik… janganlah biarkan air mata kesedihan mengalir di pipi seorang ibu yang telah membawa kita ke dunia ini… Berfikir-fikirlah untuk melakukan sesuatu perkara… sesungguhmya air mata seorang ibu itu amat mahal dan tak ternilai.. jadilah seorang anak yang mampu untuk menggembirakan hati ibu yang selama ini penuh dengan kerosauan terhadap kita….

No comments: