Monday, April 18, 2011

Bicara cinta...

Cinta… itulah istilah yang ramai orang suka.. dan itulah juga istilah yang membuatkan ramai jadi trauma tuk mendekatinya…hehehe Bila saat hati mula mekar dengan haruman cinta nie.. semuanya indah kan.. tapi bile dah perhubungan tu berakhir di tengah jalan.. macam-macam pula yang keluar dari mulut… lepas tu adalah pulak 3 ary 3 malam duk layan lagu sedih… nak-nak lagu Dadali yang tengah top sekarang nie….

Memang sukar tuk terima sebuah perpisahan kan walalupun ianya tak pernah ada dalam ungkapan sewaktu bercinta.. namun itulah ujian daripada yang Esa terhadap hambanya.. mungkin ujian itu untuk menguji kesabaran hambanya dalam mengharungi hidup ini… Apa yang aku nak nasihat kat sini… janganlah sebab cinta je… korang jadi tak tentu hala…. Dan sebab putus cinta korang sedih sampai abis tisu kat supermarket korang guna..hehehe

Aku juga tak dapat nafikan bahawa tuk melupakan seseorang yang amat kita cintai sangat sukar.. mungkin lebih susah daripada jawab Add Math kot..hehehe aku tahu nie pon sebab aku pon pernah jugalah alami perpisahan nie.. memang perit sangat2…. Nak- nak time lepas clash tuh… hari-hari jumpa dia.. wowwww… mamang trase pedih macam kene duri je kat hati ea..hahaha ( ayat takleh bla..) jadi ni aku nak bagi

sikit tip macam mane tuk lupakan insan yang pernah singgah kat hati kita dulu…

Firstly lakukan solat hajat, istikarah dan berzikirlah banyak-banyak… ini bagi yang muslim lah.. kita kene ingat bahawa yang Esa hanya munguji kita.. Mungkin Dia sengaja menemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum kita jumpa cinta sejati kita… Dengan lakukan ibadah ini.. jiwa kita akan jadi tang dan secara tak langsung kita dah dapat lupakan dia…

Selain tu jugak anda semua perlulah Menghapus kenangan bersama si dia sebabnya mungkin setiap perkara yang pernah korang lakukan akan membuatkan korng teringat padanya.. jadi untuk lupakan si dia.. korang mesti buang jauh-jauh si dia dalam lamunan korang… sangat susah tuk buat semua nie… sebabnya dia dah pernah jadi sebahgian dalam kehidupan korangkan.. tapi dengan semangat yang kuat.. aku yakin anda mampu lakukan… simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Korang jugak perlu tahu bahawa situasi anda sekarang nie pernah dialami oleh rakan-rakan korang.. jadi janganlah segan silu tuk ceritakan kepada rakan anda… mungkin ini dapat kurangkan sikit tekanan dan kesedihan yang dilami korang tu…. Kalau kawan-kawan korang beri nasihat.. dengarlah dengan sebaik-baiknya… tapi itu pun kalau korang sudi dengar dan bukan jenis keras kepala…hehehe

Cubalah untuk keluar bersama rakan-rakan yang pernah korang tinggalkan sewaktu bersama si dia dahulu.. dengan cara ini secara tidak langsung akan membuatkan korang lupakan tentang si dia… tapi semasa keluar bersama kawan-kawan tu korang jangan sedikit pom piker tentang dia.. lau tak sama jelah keluar nga kawan atau tak..kan3?? semasa keluar tu cubalah cerita atau lakukan perkara2 yang membolehkan korang ketawa…

Korang jangan sesekali tuk cari seorang penggantinya dalam waktu yang singkat.. sebabnya korang bukan benar-benar sayangkan dia tetapi sebaliknya korang hanya ingin hati itu tidak sunyi dan tidak keseorang… ini suatu yang amat bahaya.. bukan akan selesaikan masalah tetapi hanya akan membuat maslah korang lagi bertambah….hehehe

Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. Terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati
kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar
anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan. Janganlah sesekali keluarkan perkataan “ Jantan… semuanya sama…” atau “ Ala.. perempuan sama je la..” kerana setiap insane kurniaNya merupakan yang terbaik dan juga mempunyai kelbihan serta kekurangan masing-masing…

2 comments:

n-ya said...

amboi.....frust nya dia...:P

amirr... said...

haha.. bkn sy la frust.. tpi ade kawan2 sy la....