Friday, May 13, 2011

Home sweet home...

3... ary nie dah 2 ary atku duk kat umah...huhuhu aku sampai ary khamis malam.... memang ha ppy sebab dapat jumpa nga family.... huhuhu ni aku nak story sikit tentang perjalanan aku dari bumi kenyalang hingga ke bu mi Darul Iman nie...

Aku bertolak daripada lapangan terbang Bintulu tepat jam 650 petang... pada 11 Mei 2011... kat sana dah gelap macam pukul 9 mlm kat semenanjung...hehehe... pesawat Air Asia AK 5414 mengambil masa 2 jam untuk tiba di LCCT.... memang bosan giler masa duk lam flight.. huhuhu kalau ada kawan bolehlah bawa berbeual... ni xde... huh bsan tahap cipan r...huk2...

snepatutnya lepas sampai di KL aku terus naik bas untuk balik ke terengganu... tapi atas sebab teknikal.. aku terpaksa lupakan untuk pulang malam tu... jadi aku kenalah bermalam kat LCCT walaupun ayah aku suruh aku tidur kat umah sedara... tapi takpelah.. sekali sekala..hehehe...

esokkannya... aku terus pergii ke Putrajaya Sentral sebab aku naik bas kat sana... huhuhu bmemas Adik Beradik... warna pink... itulah yang aku naik..hak3... aku duk seorang kat seat double.. memang selesa giler lah..hak3.. 6 jam duk atas bas... akhirnya aku tiba di bumi terengganu... Terengganu memang tak banyak berubah... ceh.. baru tak balik 6 bulan..hak3...

apapun.. aku dah selamat sampai... rindu aku kat family dah terubat,,, mungkin lepas ni dah tak pijak kaki lagi ke bumi bintulu.. bumi yang telah banyak meninggalkan kenangan tuk aku.....huhuhu... bye2 bintulu....huhu

Tuesday, May 10, 2011

Jadilah seumpama Sang Lebah



Terbangnya sang lebah.. mencari bunga untuk membuat madu di sarang..... itulah aktiviti yang akan dilakukan oleh sang lebah dalam mengahrungi kehidupannya... tanpa menganal apa itu erti putus asa.... sang lebah terus terbang ke mana sahaja tanpa mengetahui arah tujunya..... Sang lebah tak pernah menghiraukan panas, hujan, ribut mahupun taufan dalam mencari sesuatu yang diiginkannya.... tanpa disedari... sang lebah sudah pom memperolehi satu pengalaman yang baru... pengalaman yang tak mungkin dapat dimana-mana.... tak pernah jemu walaupun di serang oleh sang manusia yang durjana,,



sepatutnya kita sebagai manusia seharusnya mencontohi sikap sang lebah ini.. kerana sikap dan cara sang lebah ini sangat tabah dan gigih dalam menjalani hidupnya.. begitu juga dengan manusia... setiap dugaan dan ujian perlulah dilalui dengan tabah dan sabar.... tanpa adanya kesabaran dalam jiwa manusia takkan mungkin kejayaan akan muncul....

setiap peluang yang terhidang haruslah diperolehi kerana ianya takkan mungkin muncul lagi buat kesekian kali ini.... sesungguhnya rezeki ada dimana-mana dan tak semestunya mereka yang tidak mempunyai peluang bererti tak mempunyai rezeki.. percayalah bahawa rezeki itu akan muncul tetapi masanya sahaja kita tak ketahuinya... bersyukurlah andainya rezeki itu kita perolehi kerana itu semua adalah kurnian yang maha esa....

menjalani kehidupan ini umpama mencorak kain putih yang terbentang dengan mengikut rentak hati kita sendiri... dan hanya orang yang berpengelaman sahaja mampu menilai akan corak yang telah diukir itu... Ini bermakna janganlah sesekali mengalah andainya terdapat teguran mahupun cemuhan daripada orang lain... kerana setiap teguran itu mampu untuk memperbaiki kelemahan diri kita...

Monday, May 9, 2011

Good Bye UPMKB...... Welcome Sime Darby......


Mungkin tittle entry aku ni dah menjawab segala kekusutan yang aku sendiri tak pasti..hak3... Finally aku nekad bahawa aku akan melanjutkan pelajaran ke Sime Darby Plantation Academy... walaupun aku sendiri tak pasti sama ada ni betul ataupun tak.. aku harap apa yang aku buat nie betul.... aku harap keputusan aku tuk tinggalkan UPMKB tak salah....



GOOD BYE UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK...


GOOD BYE UPM KAMPUS BINTULU.....
ni lah kata-kata yang aku ucapkan untuk UPMKB nie.. berat untuk meninggalkan kampus nie... suasana blajar yang nyaman dan sesuai... pensyarah yang terbaik... kawan-kawan yang setia.. dan macam-macam lagi lah.. kalau describe pon.. tiga hari tak abes..hak3...

2 semseter aku kat sini... macam2 kenangan dah aku perolehi... bersama rakan-rakan.. kenangan semasa belajar.. banyak lagi lah.... hahahhaa.. jadi.. apa yang aku nak tulis kat sini... aku nak susun sepuluh jari nie... memohon keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki.... memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah dikenakan aku.... terutama sekali rakan-rakan kos Diploma Pertanian Batch 2010... dan juga Ahli blok A Hemiptera Kolej Sri Rajang....







Kepada Coursemate aku... lepas nie mungkin dah xde lagi kot.. orang yang selalu buat hal dalam kelas.. kacau sana.. kacau sini...ha3.... apa yang aku nak daripada korang semua ialah... belajarlah elok2 kat sini.. biar DPT Batch 2010 disegani oleh semua dan dihormati oleh lecture..hak3... Geng OJEM Korok Ijau... sem lepas... kita dah kehilangan seorang kawan.. sem ni pulak... 2 orang lagi akan pergy..hak3... so.. jangan putuskan segala persahabtan yang telah terbina tu ek..hak3.... satu agy untuk DPT Batch 2010 UPMKB.... you are the best friend,... Together we stand and together we fight for success.... itulah kita.... sekali lagi aku susun sepuluh jari mohon keampunan daripada korang semua....







Kepada Ahli Blok A Hemiptera KSR... kita dah macAm adik beradik.. semua kita lalui bersama.. kolegrasi.. malam satu malaysia... maulidur rasul.. dan banyak agy.... segala kejayaan yang kita kecapi tu.. kita simpan buat memori bersama.... Mungkin semester depan... korang akan dapat timbalan pengerusi blok yang baru... yang lebih baik dari aku.... hahaha.... apa aku nak.. jagalah blok ni dengan baik dan sempurna walaupun nobody is perfect.... geng2 sem 2 blok A... Jep, safar, arep, ijat, topek, azrim... dan semualah.. ramai sangat...hahaha.. korang terbaik.. terganaslah...hak3.. nanti ade junior masuk... buat yang terbaik agy.. aku percaya korang boleh buat semua tuh...hak3

bye-bye UPMKB.. i have the greatest moment here...huhuhu...
UPMKB... IM GONNA MISS U ....




WELCOME



WELCOME SIME darby Plantation Academy....

inilah kata-kata aku ucapkan untuk semester akan datang.... finally... aku pilih sini jugak...hak3.. walaupun aku tak tahu bagaimana keadaannya... apa yang aku harapkan di tempat baru ni... semoga aku dapat berjaya dengan cemerlangnyer... itu jew... kepada kawan2 aku yang lain.. doakan juga taw kejayan aku...hehhee

Satu pengalaman yang baru akan aku perolehi kat sini nanti... mungkin akan membawa seribu makna untuk aku dalam mencari apakah itu erti kehidupan yang sebenarnya.....

Sunday, May 8, 2011

Mama ... I love You...



semalam 8 mei... satu hari yang bersejarah untuk semua ibu-ibu kat dunia nie... mungkin tarikh hari ibu nie tak de yang spesifik.. biasanya akan berlangsung pada hari ahad minggu kedua padaq bulan mei... mungkin aku terlewat sikit... tapi tak apa.. sebab bagi aku lah.. setiap hari dalam setahun tu.. adalah hari bu... kepada mama aku yang tersayang.. kat sini aku nak ucap... Selamat hari Ibu... thanks coz take care of me.. i love you so much...



dikesempatan ni jugak.. aku nak mintak maaf banyak2 kalau amirr ada wat salah kat mama.. dah banyak amirr menyusahkan mama selama nie.. tq skali lagi mama.. pengorbanan yang mama beri dekat amirr takkan dapat amirr balas dengan wang ringgit...

itulah yang ayat aku mampu ucap kat mama aku.. mama aku nie memang sporting..hehehe.. dia amat memahami aku... sebab tu lah aku sayang dia.. satu agy.. mama aku nie jenis tak paksa aku untuk buat sebarang keputusan aku sendiri... thankz mama

semalam... mama aku call.. tak semapat agy aku nak cakap.. batery pulak abes..hadoi... dahlah masa tu kat court futsal... balik2... aku terus cas hp aku.. pahtu banyak giler missed call darii mama... last mama anta mesej.. mama cakap..

" knape off kan tepon?? amir merajuk nga mama ke??? ikut amir lah nak pilih yang mana pon... mama n ayah takkan marah amirr.. sbb tu pilihan amirr.. pilihlah yang terbaik bagi amirr untuk masa depan... kalau rasa takleh struggle jangan paksa diri.... "

tulah mesej yang aku dapat..huhuhuhu.. sorry mama.. amir tak merajuk pom.. tapi semalam bateri abes.. sekali lagi.. aku nak ucap.. selamat hari ibu kat mama aku tersayang.. Sarinah Bt Mat zin...

Friday, May 6, 2011

Tamat juga akhirnya....

Finally tamat jugak kertas last final exam aku tadi... walaupun jawab tak tahu ape ape... happy lar sebab dah tamat semester dua nie... hak3.. bye-bye semester dua... banyak kenangan dah aku lalui pada sem nie... bersama kawan-kawan satu blok... satu kos .. pahtu ade jugaklah yang sedih.. terpaksa berpisah dengan roomate... sbb dia accident..huhuhu sunyi aku duk sorang kat bilik...

sekarang ni aku pom masih tak tahu lagi keputusan sama ada untuk pergy ke sime darby tu... ataupun tak...huhuhu penim kepala aku duk memikirkannya... huwa.... sebab tu lah tak leh nak jawab tadi bio.. sime darby kenapa lah kau hadir semasa aku nak exam bio... huk3....

lagi lima hari aku nak balik semenanjung...huhuhu tak sabar taw nak jumpa family and kawan2 kat terengganu... tapi aku pom tak pasti lagi.. sama ada akuakan menjejak kaki ke bumi kenyalang ni lagi tatupun tak dah pada 3 jun 2011 nanti...huhuhu sama-sama lah kita nantikan suprise aku ni.. cewah.., suprise lah sangat..hak3

Aku rasa tak ade ape dah yang aku nk tulis petang nie..huk2.. papai...

Thursday, May 5, 2011

Keputusan ku...

esok dah kertas last tuk aku sem nie..huhuhu tak sabar rasanya tuk aku abiskan paper esok... jeles jugak aku tengok kawan2 aku kos lain dah merdeka... lepas je abis exam esok.. aku ada 5 hari lagi tuk balik semenanjung.. tu lagi lah tak sabar..huk3... dahlah 6 bulan tak jejak kaki kat umah..huhuhu

"orang kampung nantikan kepulangan anak jati kampung nie..hahahah" nak jerit macam nie rase...huhuhuhu

ni aku nak criter sikit pasal hari ini... pagi tadi.. tengah aku jawab exam CAG 1010 Sains Tanaman Asas... aku dimaklumkan bahawa aku bersama 17 lagi yang lain berjaya menerima tawaran daripada Sime Darby Plantation Academy ( SDPA).. kami diarahkan untuk erkumpul kat bahagian Akedemik untuk sedikit taklimat mengenai tawaran ini..

Tepat jam 5 P.m
Tempat : Bahagian Akedemik UPMKB

sebaik sahaja aku sampai di bahagian akedemik.. adalah seorang insan nie call aku ajak g jogging... huhuhu tapi takleh join lah sebab ada hal ini.. mungkin tu kali terakhir kot aku akan jogg dengan dia.. cewah..hak3... masa nie kami diberitahu bahawa pihak UPMKB tak menghalang sama ada untuk ke SDPA ataupun kekal dibumi UPMKB tercinta nie...huhuhu pertemuan berlangsung selama sejam setengah dimana pelbagai soalan ditanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

masa tu pikiran aku berbelah bahagi.. sama ada nak stay atau tinggalkan kawan2.. lepas perjumpaan tu.. ada makan malam yang disediakan oleh pihak UPMKB.. best giler... nasi ayam.. kenyang perut taw.. memang tak terkata sedapnya.. cewah..hak3..

Balik tu terus je aku call family aku mengenai tawaran ini... mama aku tak kesah mana satu pilihan aku... dia terima je.. sebab hidup ni aku tentukan masa depan.. thanks mama...huhuhu lepas tu mama aku suruh cakap nga ayah aku... amsa tu macam2 perasaan aku ada.. bukan apa... aku nga ayah aku nie kurang sikit..huk3 " all desicion in your hand " itulah yang ayah aku cakap.... makinlah bercelaru fikiran aku..

aku sekarang nie tengah pening nak pilih yang mana satu... tapi.. apa yang pasti.. aku dah buat satu keputusan yang mungkin orang lain takkan setuju kot..hak3.. aku nak bagitau sekarang ke?? hmmm aku rase biarlah rasa.. hak3... kalau sapa nak tahu keputusan aku...

tunggulah apabila semester depan bermula.. andainya aku ada disini lagi... maknanya aku tolak SDPA... tapi andainya aku dah tak ada kat UPMKB maknenyer... aku pergy SDPA...
TUNGGU....HAHAHA

Sunday, May 1, 2011

CINTA dalam Persahabatan...


Persahabatan.... merupakan satu ikatan yang tak kan terputus sampai bila-bila.... Persahabatan juga umpama kain putih yang harus dicorak oleh kita.. segala suka ... duka... yang kita lalui semasa persahabatan ini terbina dicorak dengan cantik sekali diatas kain tersebut... Tanpa adanya suatu persahabatan.. takkan mungkin kita dapat mengenali seseorang.. dan dengan persahabatanlah biasanya akan bermula cinta...

Namun.. kadangkala aku sendiri susah nak faham kenapa pasangan yang putus cinta akan memutuskan juga talian persahabtan antara mereka ..Mengapakah persahabatan yang menjadi mangsa???,.... sedangkan persahabatan tidak mempunyai dosa langsung dalam perhubungan cinta mereka..

Mengenai Cinta dalam persahabatan... bai aku lah... cinta dalam persahabatan amat perlu bagi memastikan perhubungan yang terbina itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Mungkin sesetengah orang tidak memahami dengan sebetulnya apakah yang dimaksudkan dengan CINTA... bagi mereka.. cinta hanya perasaan yang timbul antara manusia yang berbeza jantina sahaja.. sebenarnya itu semua adalah salah sama sekali.. Sepatutnya... kita perlu mendalami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan CINTA itu dan barulah kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan yang penuh dugaan ini...

Cinta... merupakan satu perasaan dimana akan timbul rasa tanggungjawab dan mengambil berat terhadapa sesuatu. Ini bermakna... cinta bukanlah dengan menyatakan kasih dan sayang sahaja... Fahamilah dengan sebenarnya maksud cinta ini...

Cinta dalam persahabatan amat perlu kerana tanpa adanya perasaan cinta terhadap sahabatnya mungkin persahabatan yang indah takkan ammpu dikecapi oleh kita dan takkan memahami apakah yang dimaksudkan dengan erti persahabatan yang sebenarnya... Dalam konteks ini... Perasaan cinta perlu lahir dalam diri kita terhadap kawan kerana ini akan membuatkan kita lebih memahami tentang dirinya dengan lebih mendalam juga...

Selain itu.. Cinta dalam persahabatan juga perlu untuk kita saling menasihati antara satu sama lain... hal ini kerana dengan adanya perasaan cinta antara sama lain. Kita akan rasa untuk membimbingnya kea rah yang betul dan terarah... Cubalah kita bayangkan... andainya kita tak menasihati ataupun mengingati sahabat tentang sesuatu perkara... adakah kita dianggap sebagai sahabat yang baik dalam hubungan persahabatan....??? Jadi... kita perlu bertanggungjawab keatas rakan-rakan kita...

Sekiranya rakan kita melakukan kesalahan... sudah tantu kita mungkin akan terasa tempiasnya juga... jadi... kiranya kita tak mahu dianggap sebagi kawan yang kurang baik.. berusahalah untuk mencintai sahabat anda...