Thursday, May 27, 2010

DEBARAN SEMAKIN DI RASAI !!!




salam sejahtera...

Seluruh dunia sudah merasai debaran PIALA DUNIA 2010 DI Afrika Selatan pada 11 jun ini... Saya yakin kejohanan berprestij ini amat dinantikan oleh semua golongan sama ada wanita atau lelaki , tua atau muda dan semuanya.. Kejohanan selama sebulan ini akan menyaksikan 32 pasukan daripada 32 buah negara bakal beraksi untuk merebut gelaran juara dunia ini.



Tidak dinafikan pasukan brazil merupakan pasukan pilihan namun semua orang mengetahui bahawa bola itu bulat dan apa sahaja bakal berlaku. Sebagai contoh kita boleh lihat semasa aksi Liga Juara-Juara Eropah, dimana pasukan pilihan iaitu Barcalona ditumpaskan oleh anak buah Murinho pada perlawanan separuh akhir. Inilah yang di namakan bola sepak..




Bagi saya, pasukan pilihan saya pada saingan akhir piala Dunia nanti tentulah pasukan Three Lions atau England. Pada pendapat saya, england yang mempunyai ramai pemain yang bertaraf elit mampu membantu skuad bimbingan Fabio Capello membawa pualng Piala Dunia 2010 nanti. Walapun pemain kegemaran saya, David Beckham tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang amat serius,namun saya yakin bahawa ENGLAND dapat melakukan yang terbaik.
BRAVO ENGLAND.

Sama-samalah kita semua menghangatkan lagi kemeriahan Piala Dunia 2010 nanti..
sekian

No comments: