Tuesday, May 25, 2010

TIADA LAGI

Salam sejahtera.. syukur kepada Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk berceloteh di ruangan ini..


5 tahun bersama di alam persekolahan amat singkat bagi saya dan rakan-rakan yang bermastautin di bumi SESMA. Tanggal 5 Januari 2005, saya dan rakan-rakan telagh mendaftar diri sebagai salah seorang pelajar di sini. Salah sebuah sekolah yang amat terkenal di Terengganu bahkan di seluruh Negara. Tahuhn pertama hidup di bumi SESMA amat memeritkan. Manakan tidak. Sudah menjadi lumrah hidup di asrama. Kalau tak, apa maknanya hidup di asrama..

2009 hadir dan Akhirnya kita semua telah menjadi senior atau abang dan kakak paling dewasa. Gembiralah hati ini kerana mahu membals dendam kepada adik-adik baru..hehehe pelbagai kenangan manis dan pahit kita semua lalui. Namun, ikatan persahabatan tidak pernah terputus. Inilah yang dikatakan persahabatan yang sejati. Benarlah kata cogan kata batch 32 (0509) FRIENDSHIP IS LOVE WITH UNDERSTANDING .. kata-kata ini akan sentiasa dalam ingatan semua anatara kita.


.

Kini, tiada lagi semua itu. Kita takdirkan untuk berpisah bagi mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa yang dapat kita dengar. Tiada lagi kesedihan yang kita sama lalui. Tiada lagi kita ponteng bersama-sama dan lari daripada cikgu. Tiada lagi masa untuk kita bermain bersama di waktu petang. Tiada lagi masa untuk kita makan bersama di dalam dewan makan yang indah. Tiada lagi masa untuk kita memotong barisan di kantin SESMA. Tiada lagi untuk kita FLY di waktu malam untuk mencari makan di restoran MONTANA. TIADA LAGI untuk kita duduk study di dalam kelas bersama dan sebagainya.. yang ada ialah persahabatan yang tulus dan ikhlas dalam hati kita hingga ke akhir zaman..

MY FRIEND.. YOU ARE THE BEST FOR ME..

SPIRIT IS SOUL

LOVE WE OWE

sekian

No comments: