Tuesday, August 3, 2010

HARGAILAH MEREKA.....

Salam sejahtera,

Hari ini aku bersyukur kepada yang maha Esa kerananya aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ini. Mungkin bagi orang lain yang melihat kehidupanku merasakan aku sangat tersempit dan sebaginya tetapi aku sangat bahagia dengan hidupku kini. Dengan adanya mama dan ayah yang sangat baik dan memahami anak-anaknya. Sesungguhnya setiap manusia tidak mempunyai kesempurnaan hidup. Tetapi bagiku Ketidaksempurnaan itulah yang telah membahagiakan hidup aku sekeluarga. Aku telah diberikana kasih sayang yang secukupnya.

Walaupun keluarga aku tidak kaya dengan kemewahan tetapi aku telah di didik dengan budi bahasa, sopan santun dan sebagainya. Kerana denganaadnya semua itu, aku berjaya mengharungi hidup ini dengan sempurna.

Untuk pengeyahuan semua, Kemewahan tidak boleh membeli kebahagiaan. Dan yang paling penting ialah membahagiakan kedua orang tua kita. Bagi mereka, kasih sayang dari seorang anak lebih bermakna daripada harta yang kita bagi kepada mereka. Tidak guna kalau kaya tapi tiada kasih sayang daripada anak-anak yang telah dibesarkan oleh tangan ibu dan bapa sendiri.

Sebagai remaja kita haruslah berfikir untuk mencapai kejayaan di alam ini dan tidak melupakan mereka. Jadilah anak yang berguna kelak. sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada Keredhaan Ibu dan Bapa kita ...

renung-renungkanlah...
Sekian wasalam..

No comments: