Sunday, December 19, 2010

MISI BALAS DENDAM

mampukah Malaysia membawa pulang
Trofi Piala Suzuki AFF 2010?



salam sejahtera....


kali ini aku menulis atas minat aku terhadap bola sepak ... Pelbagai kejutan telah dilakar oleh skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 di jakarta... Malaysia kini sudah boleh untuk membayangkan Trofi kejohanan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur buat julung kalinya semenjak kejohanan ini bermula pada 1996. Malaysia sudah berjaya menapak ke Final setelah membenam cabaran Jura edisi lalu Vietnam dengan Agreget 2-0...



Safee Sali antara tonggak utama
Malaysia untuk membenam Indonesia
ada perlawan akhir nanti.


Pada mulanya, ramai peminat beranggapan bahawa skuad kendalian K. Rajagobal tidak mampu pergi jauh setelah diganyang oleh skuad Indonesia dengan 5-1... Namun, barisan muda negara lantas menepis segala tanggapan negatif itu apabila mengikat Juara 3 kali , Thailand dengan 0-0 pada perlawanan kedua kumpulan A.. Skuad negara terus cemerlang apabila membelasah cabaran Laos dengan kemenangan 5-1... sekali gus membuka ruang untuk layak ke separuh akhir ... Perlawanan separuh akhir bagaikan nampak jalan pulang apabila terpaksa menentang gergasi asia tenggara , Vietnam yang mahu mempertahankan kejuaran edisi lalu.


Namun, semangat tidak mengalah oleh pemain Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila melakukan kejutan 2-0 keatas Vietnam pada separuh akhir pertama di Bukit Jalil. Kemenangan itu diraikan hampir seluruh rakyat malaysia namun K. Rajagobal memberi amaran bahawa Vietnam mungkin bangkit apabila beraksi dihadapan penyokong sendiri di Vietnam.. pada perlawanan kedua separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia hanya mempamerkan aksi bertahan dengan asakan bertali arus oleh jentera Vietnam. Kehebatan barisan pertahanan yang bayak melumpuhkan gerakan pemain Vietnam harus diberi peluang bagi memastikan tiket ke Final sah milik Malaysia. Pujian juga harus dihamburkan kepada posisi terakhir Malaysia , Khairul Fahmi Che Mat yang cekal menjaga gawang daripada dibolosi. Pada aku, Malaysia kita ini mempunyai barisan terbaik untuk mencipta kejutan


Khairul Fahmi hanya melepaskan
satu gol pada kejohanan ini




Pada perlawan akhir nanti.. Malaysia sekali lagi akan bertemu Indonesia untuk menentukan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 yang menjadi rebutan semua pasukan asia tenggara. Inilah masanya untuk membuktikan kehebatan Malaysia yang sebenar. Inilah masanya untuk menebus kembali maruah Malaysia yang tercalar pada perlawanan pertama dahulu... dan inilah juga masanya untuk memulihkan kembali kepercayaan peminat kepada industri Bola sepak Malaysia.. Malaysia mampu untuk melakukan kejutan yang lebih besar andaiinya semua pemain bekerjasama....


Impian seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan Piala AFF Suzuki sejak 14 tahun lalu mungkin menjadi kenyataan pada 26 dan 29 Disember ini,.... Good Luck Malaysia.. Bravo Malaysia....

No comments: