Friday, January 21, 2011

DIRIMU BUKAN UNTUKKU....

ku menyangka panas berpanjangan rupanya hujan di tengahari.. itulah yang aku alami kini... persahabatan yang aku bina selama ini seolah-olah akan musnah bagai dilambung ombak tsunami...

Mengapa ini semua berlaku? adakah kerana aku yang semakin mendiam diri ataupun adakah kerana dirinya ingin menjauhkan diri dariku? hanya yang Maha Kuasa sahaja mampu tuk menjelaskannya... Aku hanya insan biasa yang sementara dibumi ciptaan-Nya ini...

Andainya dahulu dialah yang mampu membuatkan ku tersenyum tapi itu semua hanya tinggal kenangan pada waktu ini... Mungkin juga dirinya telah bahagia bersama hidup baru...

Andainya dahulu dirinya selalu menasihatiku, namun kini nasihat itu hanyalah angan-angan... Mungkin dirinya sudah jemu tuk menasihati insan biasa seperti diriku ini...\

Andainya dahulu kusering mendengar dirimu ketawa.. namun kini , ketawa itu hanyalah kenangan yang akan terus ku simpan dalam ingatanku.. Mungkin ketawanya kini hanya untuk orang lain dan bukannya untuk diriku ini....

Andainya dahulu dirimu selalu memberi semangat padaku, namun kini semangat dirimu sudah tiada lagi... mungkin bagimu semangat itu tidak berguna andainya diberikan padaku...

Andainya dahulu dirimu selalu ada untuk aku.. namun kini, hanya diriku sendirian meneruskan hidup ini.... mungkin juga dirimu sudah jemu untuk bersama ku...

Dan Andainya kau tahu bahawa diriku ini selalu memerlukan mu, sudah tentu dirimu akan terus menjauhkan diriku.. kerana aku bagimu hanyalah menyusahkan....

Namun, aku kan terus berdoa agar yang maha Esa terus memberikanmu kesihatan agar dirimu dapat memberikan segalanya kepada teman baru.... Walaupun diriku masih memerlukanmu tapi aku harus menerimanya bahawa dirimu bukan untuk ku.....

No comments: