Thursday, May 27, 2010

DEBARAN SEMAKIN DI RASAI !!!




salam sejahtera...

Seluruh dunia sudah merasai debaran PIALA DUNIA 2010 DI Afrika Selatan pada 11 jun ini... Saya yakin kejohanan berprestij ini amat dinantikan oleh semua golongan sama ada wanita atau lelaki , tua atau muda dan semuanya.. Kejohanan selama sebulan ini akan menyaksikan 32 pasukan daripada 32 buah negara bakal beraksi untuk merebut gelaran juara dunia ini.



Tidak dinafikan pasukan brazil merupakan pasukan pilihan namun semua orang mengetahui bahawa bola itu bulat dan apa sahaja bakal berlaku. Sebagai contoh kita boleh lihat semasa aksi Liga Juara-Juara Eropah, dimana pasukan pilihan iaitu Barcalona ditumpaskan oleh anak buah Murinho pada perlawanan separuh akhir. Inilah yang di namakan bola sepak..




Bagi saya, pasukan pilihan saya pada saingan akhir piala Dunia nanti tentulah pasukan Three Lions atau England. Pada pendapat saya, england yang mempunyai ramai pemain yang bertaraf elit mampu membantu skuad bimbingan Fabio Capello membawa pualng Piala Dunia 2010 nanti. Walapun pemain kegemaran saya, David Beckham tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang amat serius,namun saya yakin bahawa ENGLAND dapat melakukan yang terbaik.
BRAVO ENGLAND.

Sama-samalah kita semua menghangatkan lagi kemeriahan Piala Dunia 2010 nanti..
sekian

Tuesday, May 25, 2010

TIADA LAGI

Salam sejahtera.. syukur kepada Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk berceloteh di ruangan ini..


5 tahun bersama di alam persekolahan amat singkat bagi saya dan rakan-rakan yang bermastautin di bumi SESMA. Tanggal 5 Januari 2005, saya dan rakan-rakan telagh mendaftar diri sebagai salah seorang pelajar di sini. Salah sebuah sekolah yang amat terkenal di Terengganu bahkan di seluruh Negara. Tahuhn pertama hidup di bumi SESMA amat memeritkan. Manakan tidak. Sudah menjadi lumrah hidup di asrama. Kalau tak, apa maknanya hidup di asrama..

2009 hadir dan Akhirnya kita semua telah menjadi senior atau abang dan kakak paling dewasa. Gembiralah hati ini kerana mahu membals dendam kepada adik-adik baru..hehehe pelbagai kenangan manis dan pahit kita semua lalui. Namun, ikatan persahabatan tidak pernah terputus. Inilah yang dikatakan persahabatan yang sejati. Benarlah kata cogan kata batch 32 (0509) FRIENDSHIP IS LOVE WITH UNDERSTANDING .. kata-kata ini akan sentiasa dalam ingatan semua anatara kita.


.

Kini, tiada lagi semua itu. Kita takdirkan untuk berpisah bagi mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa yang dapat kita dengar. Tiada lagi kesedihan yang kita sama lalui. Tiada lagi kita ponteng bersama-sama dan lari daripada cikgu. Tiada lagi masa untuk kita bermain bersama di waktu petang. Tiada lagi masa untuk kita makan bersama di dalam dewan makan yang indah. Tiada lagi masa untuk kita memotong barisan di kantin SESMA. Tiada lagi untuk kita FLY di waktu malam untuk mencari makan di restoran MONTANA. TIADA LAGI untuk kita duduk study di dalam kelas bersama dan sebagainya.. yang ada ialah persahabatan yang tulus dan ikhlas dalam hati kita hingga ke akhir zaman..

MY FRIEND.. YOU ARE THE BEST FOR ME..

SPIRIT IS SOUL

LOVE WE OWE

sekian

Monday, May 24, 2010

70 HARI BYANG MENAKJUBKAN

Salam sejahtera..buat semua pembaca setia blog ini..hehhehe
dah lama saya mahu menulis tajuk ini. Cuma kesuntukan masa telah membuatkan saya terlupa seketika tentang perkara ini.

70 HARI YANG MENAKJUBKLAN!!.

Tentu semua tertanya-tanya..mengapa tajuk ini diberi,... ini merupakan tentang salah satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan dalam sejarah hidup saya...SATU HASRAT,SATU SEMANGAT,SATU TEKAD...hehehkidmat negara tanggungjawab bersama..




Selama 70 hari berkurung di KEM CANCUN PARK, PASIR MAS..Pelbagai kenangan yang telah saya perolehi..ada manis, sedih dan sebagainya..hehehe mula-mula kaki ini melangkah melepasi gerbang kem..pelbagai sangkaan yang negatif dalam fikiran ini.. Tentu PLKN sesuatu yang amat membosankan..yela..kerana dikongkonmg oleh jurulatih.. macam askar..huhu..

namun.. semua sangkaan saya meleset apabila saya berada lebih kurang 3 minggu disini.. saya berasa sangat seronok dan teruja.. dapat bergaul dangan ramai kawan dari pelbagai bangsa.. beriadah bersama, makan bersama, bergelak tawa nersama dan macam-macam lagilah perkara dilakukan bersama..

70 hari terasa bagaikan sejam.. begitu cepat masa berlalu.. akhirnya kami semua terpaksa pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. nak buat camne kan.. dah pepatah ada mengatakan.. setiap pertemuan ada perpisahan.. jadi kami semua teriam dengan redha...huhu

SEsungguhnya PLKN merupakan satu aktuiviti yang sangat bermakna buat remaja di malaysia.. PLKN dapat membantu kita mengenali malaysia, sejarah dan kekangan yang malaysia akan hadapi..
KITA merupakan modal insan yang bakal memegang amanah untuk mentadbir negara suatu hari kelak...

CANCUN PARK THE BEST..
thanks to all my friend and my teacher there!!

Saturday, May 22, 2010

KASIH IBU KE SYURGA, KASIH BAPA SELAMANYA..

salam sejahtera,
tiada apa yang mahu saya coretkan pada hari ini. hanyalah tentang kasih sayang yang telah diberuikan oleh ibu dan bapa kita. Tahukah ada semua, bahawa ibu dan bapa sangat menyayangi kita. sesungguhnya anak itulah adalh rahmat di maha Pencipta.

Mungkin kita tidak pernah perasan tentang kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka. Tanpa kita sedari, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukuan oleh insan yang bergelar ibu dan bapa. seorang ibu sanggup bersengkan mata kerana ingin menjaga seorang anak untuk membesar. ibu tidak pernah membenarkan walaupun seekor nyamuk hinggap dibadan kita, apatah lagi benda lain.

Manakal insan yang bergelar bapa pula, tidak pernah jemu atau mengeluuh dalam mencari rezeki yang halal untuk kita. mereka sanggup keluar awal pagi dan puylang petang semata-mata tidak mahu kita kebuluran. Bapa juga menjaga keselamatan kita dimana jua kita berada.

Namun, apakah yang telah kita balas kepada mereka ?? adakah kita menjaga hati dan perasaannya?? itu semua terpulang kepada anda semuya. sesungguhnya seorang ibu tidak memeerlukan wang ringgit untuk balasannya . cukuplah sekadar menjaganya dihari tua dan menghormatinya sebagai insan yang telah mendewasakan kita semua.

Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak tergamak untuk membiarkan ibu bapa mereka tersadai di rumah orang tua, dan ada juga ditinggalkan di tepi jalan. tergamaknya seorang insan yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang membalas pengorbanan ibu mereka setahap itu... renungkanlah wahai insan yang bergelar anak..

betullah kata pepatah, seorang ibu dapat membesarkan sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga ivbunya kelak..

WASSALM

Thursday, May 20, 2010

UPM NANTIKAN KEDATANGAN AKU!!!!

salam sejahtera.. bertwemu kembali dalam ruangan yang tidak sebarapa menarik ini.ruang yang tidak mampu menarik ramai pembaca kerana tulisan yang tidak dapat mengodakan minda masing...

Alhamdulillah ,i hati sungguh gembira apabila saya ditawarkan ke Universiti Putra Malaysia..
salah sebuah Universiti yang terbaik di Malaysia mahupun asia Tenggara. walaupun saya berjaya ke UPM namun penempatan saya untuk belajar bukanlah di kampus utama UPM di Serdang.. Sebaliknya di UPM kampus Bintulu, Sarawak...

Saya berjaya meneruskan pengajian dalam Diploma Pertanian, iaitu pilihan ke 2 dalam senarai UPU... sedikit rasa kecewa kerana tidak dapat menjadi seorang pendidik namun, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan diri ini...
sekian ,wasalam

Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT KEMBALI...

Alhamdulillah..akhirnya..saya dapat kembali menyambung penulisan dalam blog yang telah lama saya tinggalkan ini.. Almaklumlah.... kesibukan dengan persiapan menghadapi peperiksaan SPM tahun lepas...terpaksalah saya korban sedikit apa yang remeh untuk mengejar cita-cita saya...

sedar tak sedar...sudah lama saya tak menjenguk ke blog ini. saya juga bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya memperoleh keputusan yang agak memberangsangkan dalam SPM 2005... saya memperoleh 5A 2B 2C... rasa berbaloi jugalah dengan usaha yang telah saya lakukan... Alhamdulillah...

Namun, impian untuk saya menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa... hancur apabila saya tidak terpilih untuk temudaga profesion perguruan... mungkin sudah bukan rezeki untuk menjadi guru...

Tetapi, saya juga bersyukur kerana berjaya menlanjutkan pelajaran ke IPTA..setakat ini sahaja dari saya setakat ini.. semoga bertemu lagi di lain warkah...

Wednesday, June 3, 2009

TIDAK KUKUH...

Salam sejahtera.



Terkejut dan tergamam, itulah reaksi saya dan mungkin juga semua orang apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ranap menyembah bumi pada 2 Juali 2009 pada jam 9.30 pagi. Stadium yang tercanggih dan terbesar di panati timur yang bernilai 300 juta ringgit ranap dalam sekelip mata walaupun dikatakan amat tercanggih.

Kejadian yang memusnahkan sebuah produa kancil dan tiga buah motosikal itu bakal dijadikan venue utma Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti 2009. Mujurlah kejadian ini tidak berlaku semasa perasmian kejohanan tersebut. Tetapi kejadian sebegini amat memalukan negara. Ada yang berkata kekayaan dapat membeli keteguhan dan kekukuhan namun apa yang terjadi dalam kes ini adalah berbeza sama sekali.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini? Tentu jawapannya ada pada semua pembaca. Oleh itu, kejadian seperti perlulah menjadi pengajaran kepada semua pihak. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.