Saturday, May 22, 2010

KASIH IBU KE SYURGA, KASIH BAPA SELAMANYA..

salam sejahtera,
tiada apa yang mahu saya coretkan pada hari ini. hanyalah tentang kasih sayang yang telah diberuikan oleh ibu dan bapa kita. Tahukah ada semua, bahawa ibu dan bapa sangat menyayangi kita. sesungguhnya anak itulah adalh rahmat di maha Pencipta.

Mungkin kita tidak pernah perasan tentang kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka. Tanpa kita sedari, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukuan oleh insan yang bergelar ibu dan bapa. seorang ibu sanggup bersengkan mata kerana ingin menjaga seorang anak untuk membesar. ibu tidak pernah membenarkan walaupun seekor nyamuk hinggap dibadan kita, apatah lagi benda lain.

Manakal insan yang bergelar bapa pula, tidak pernah jemu atau mengeluuh dalam mencari rezeki yang halal untuk kita. mereka sanggup keluar awal pagi dan puylang petang semata-mata tidak mahu kita kebuluran. Bapa juga menjaga keselamatan kita dimana jua kita berada.

Namun, apakah yang telah kita balas kepada mereka ?? adakah kita menjaga hati dan perasaannya?? itu semua terpulang kepada anda semuya. sesungguhnya seorang ibu tidak memeerlukan wang ringgit untuk balasannya . cukuplah sekadar menjaganya dihari tua dan menghormatinya sebagai insan yang telah mendewasakan kita semua.

Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak tergamak untuk membiarkan ibu bapa mereka tersadai di rumah orang tua, dan ada juga ditinggalkan di tepi jalan. tergamaknya seorang insan yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang membalas pengorbanan ibu mereka setahap itu... renungkanlah wahai insan yang bergelar anak..

betullah kata pepatah, seorang ibu dapat membesarkan sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga ivbunya kelak..

WASSALM

1 comment:

~musytaquljannah~ said...

begitu byak kesalhan ejaan disitu yer~