Friday, April 29, 2011

terengganu terbaik......



Walaupun hanya sekadar seri 1-1 dengan pendahulu liga , Selangor pada perlawanan ke16 Liga Super semalam telah dapat membuktikan bahawa anak buah Irfan Bakti masih lagi berbisa dan mampu untuk menjuarai Liga Super pada musim ini... Ini semua dapat dibuktikan apabila Terengganu berjaya meraih gol penyamaan pada babak ke dua oleh Ismail Faruqi .


Apa yang dapat dibangga lagi oleh pemain-pemain terengganu serta penyokong setia pada perlawanan menentang gergasi merah kuning semalam ialah pasukan bimbingan K Devan langsung tak mampu melakukan asakan pada babak kedua dan hnya berkampung di kawasan sendiri untuk mengekang asakan bertubi arus pasukan terengganu. Gol pembukaan Selangor dijaringkan oleh Shafiq Rahim dan ada yang berpendapat bahawa Gol tersebut tidak sah kerana berada dalam kedudukan offside.



Terengganu kini berada di tangga kedua liga iaitu satu mata dibelakang pendahulu Selangor. Walaubagaimanapun, Terengganu merupakan pasukan yang paling sedikit tewas dalam perlawanan liga dengan hanya tewas sebanyak dua kali sahaja setelah mengharungi 16 perlawanan. Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dibanjiri penyokong peteh merupakan stadium keramat kerana Terengganu tidak pernah tewas pada 9 perlawanan terakhir pasukan ini.



Apa yang diharapkan agar skuad Terengganu akan terus mencipta kemenangan untuk mengecapi kenangan manis sepertimana yang telah dilalui oleh skuad veterannya Pada Tahun 2001.

No comments: