Saturday, April 23, 2011

Sederhana Sahaja....

Alhamdulillah/... semalam baru je selesai Majlis Kesyukuran Semperna berakhirnya semester 2 sesi 2010/2011 ini... Walaupun pada semester ini tiada majlis grand tapi aku bangga kerana dapat juga diadakan majlis jamuan ini.

Actually majlis ni sebenarnya untuk meraikan para pelajar tahun akhir berada di UPMKB ini... Mungkin inilah jamuan akhir tahun yang paling simple aku tengk..hehehe Majlis yang bermula jam 7.30 malam dengan bacaan yassin beramai-ramai di Bilik TV Blok Hemiptera ini dan diikuti dengan sembahyang isya Berjemaah.. Kami juga bersama-sama melakukan solat hajat semperna peperiksaan akhir semester tak lama lagi..... Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengerusi Blok Kediaman Hemiptera , saudara Izzam. Ucapannya sangat ringkas dimana dia berharap agar semua ahli blok dapat menjawab Final Exam dengan tenang.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan pelajar-pelajar senior yang akan meninggalkan UPMKB tak lama lagi... Dalam ucapan mereka.. mereka memohon maaf andainya mereka ada melakukan kesalahan semasa 3 tahun menjadi Ahli Blok A ni..hehehe... Lepas itu, Felo Blok A, Encik Abdul Rahim memberikan sedikit amanat dan peringatan kepada semua ahli blok terutamanya kepada semua ahli yang masih lag menetap disini semester depan...

Majlis sederhana ini diakhiri oleh jamuan makan malam.. memang simple kan jamuan Blok kami.. namun, kami tetap berbangga menjadi Ahli Blok A nie... Lebih baik bersederhanakan...hehehe.. daripada majlis Grand yang mungkin akan mendatangkan perlbagai masalah.... hehehe

No comments: