Wednesday, December 10, 2008

PULANG AWAL…

Salam Sejahtera…

Sudah malang ditimpa tangga. Itulah boleh diibaratkan dengan prestasi skuad negara dalam mengharungi Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2008 di Phuket, Thailand. Harapan besar skuad kebangsaan untuk bangkit mencipta kemenangan selepas tewas 2-3 kepada Vietnam terpaksa dilupakan setelah kecundang dengan kehebatan juara bertahan Thailand petang tadi.

Permainan yang agak lemah dan tidak kosisten membuatkan skuad negara tewas 0-3 kepada pasukan Gajah Putih dan terpaksa melupakan hasrat untuk memenangi Kejohanan ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Sathia akan menyalahi penjaga gol sepertimana yang berlaku ketika menetang Vietnam? Atau Sathia akan menyalahkan pemain lain? Itu semua terserah kepada peminat negara. Jika kekalahan kepada Vietnam adalah kesilapan penjaga gol maka kekalahan kepada Thailand tidak boleh menyalahkan penjaga gol kerana penjaga gol no satu negara Mohd Helmi Eliza Elias telah direhatkan dan tugasnya diganti oleh penjaga gol kelahiran Liverpool, Syed Adney.

Mungkin Sathia menyesal dengan taktik yang dibuatnya kerana dia lebih menuding jari kepada kepada benteng terakhir negara tanpa menghiraukan kelemahan posisi lain ketika tewas di tangan Vietnam. Ketika itu Sathia terus menuding jari kepada Mohd Helmi menyebabkan Helmi begitu tertekan. Ini merupakan bukan sikap professional yang harus ditunjukkan oleh seorang jurulatih. Ketika dalam pasukan, Semua pahit manis perlu dilalui oleh semua orang. Sebagai contoh kekalahan tipis baru ini merupakan kelemahan di beberapa posisu termasuk barisan pertahanan.

Punca utama kekalahan kepada Thailand adalah kelemahan di posisi pertahanan selain tumpul di bahagian serangan. Jika dilihat barisan pertahanan terlalu ghairah untuk menghasilkan gol sehinga meninggalkan posisi yang seharusnya mereka berada. Syed Adney hampir saja melakukan kesilapan yang sama seperti Mohd Helmi apabila dia meninggalkan gawang setelah bek naik untuk mem,buru gol. Selain itu, Permainan perlahan oleh pemain negara gagal menyekat tuan rumah untuk terus membenam Malaysia. Semua kesipan harusd ditujukan kepada semua pemain termasuk jurulatih

Dengan ini, Saingan untuk memburu kejuaraan Piala Suzuki Aff 2008 terkubur untuk skuad negara. Selepas ini, FAM perlu mencari jalan penyelesaian untuk membaiki kelemahan skuad negara.

Sekian

No comments: