Friday, April 29, 2011

Andainya takdirnya begitu… RELAKANLAH……


Aku bahagia bila bersama dengannya… setiap aktiviti dilakukan mesti aku akan bersama-sama dalam mencipta satu kenangan yang mungkin tak akan berulang lagi selepas ini… Mungkin kami telah ditakdirkan untuk bersama hanya untuk seketika sahaja dan aku tidak mampu untuk menentang takdir itu… Andainya dirinya akan pergi untuk meneruskan kehidupan di sana … aku redha dalam meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi ini.

We Are The Best Family.. Happy together

Mungkin berat untuk melepaskan satu pertemuan namun dirinya pergi untuk masa depa yang lebih cerah… mungkin bagi sesetengah orang.. dua semester hanyalah sekejap sahaja.. namun bagi aku… dua semester telah pun melakarkan pelbagai suka duka dalam mengenal erti mahasiswa… Inilah yang dikatakan bahawa setiap pertemuan pasti9 ada perpisahan.. dan kini aku lebih mengerti apa itu persahabatan…


Sesaat bersaat bagaikan setahun dah berjumpa. Itulah yang hanya mampu diriku lafazkan kepada rakan seperjuangan Diploma Pertanian Semester 2 sesi 2010/2011 setelah dua semester bersama.. kita telah pun dianggap sebagai adik beradik dalam mencari kejayaan disini.. di negeri kenyalang.. dan jauh dari keluarga tercinta… Disinilah juga kita saling menasihati dan saling mengambil berat antara satu sama lain kerana masing-masing berada jauh di samping keluarga tercinta….



Memang aku tak nafikan.. kegembiraan jelas terpancar andainya antara kita Berjaya ke Sime Darby Academy.. tapi hakikatnya terlalu berat tuk meninggalkan kawan-kawan yang telah bersama sejak dahulu ini… Sesungguhnya Sime Darby Academy adalah impian setiap pelajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah….

Kadang kala aku tersenym tersendiri apabila aku membaca post di fesbuk kawanku yang bertulis “ saya hanya mintak satu je dari sime darby.. tolong jangan ambik kawan-kawan saaya dari saya.. please…” hampir macam tulah bunyinye… Betul apa yang dikatakannya.. terlalu berat untuk melepaskan sahabat yang baik n friendly macam DPT sem 2 nie.. Mungkin kata-kata kawan aku ni Nampak macam sesuatu yang melucukan tetapi hakikatnya ayat ini terlalu dalam untuk difahami… kehilangan kawan yang bermain bersama.. berkerja bersama adalah seseuatu yang amat berat untuk diterima olehg setiap insan di atas muka bumi ini…


Mungkin sukar untuk menubuhkan Waspada FC lagi untuk Piala Dekan yang yang akan datang...


Terlalu banyak kenangan yang telah dilalui bersama dan itu semua akan menjadi kenangan yang paling indah buat kita semua andainya perpisahan ini akan berlaku jua… dan sudah pasti ianya akan berlaku juga… apa yang aku harapkan agar persahabatan yang kita bina atas dasra kejujuran selama ini takkan genting menanti saat putus kerana segalanya telah kita laluinya dengan penuh kecekalan …


Kawan-kawanku yang Berjaya ke Sime Darby.. Tahniah aku kalungkan kepada korang… buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.. keluarga.. bangsa .. Negara dan yang paling penting untuk Warga Diploma Pertanian semester 2 sesi 2010/2011 batch 2010… carilah kejayaan untuk masa hadapan dan untuk kita dihormati oleh semuanya…


Kepada kawan-kawan yang masih lagi kekal di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu… teruskanlah perjuangan sebagai mahasiswa dan jangan sesekali bersa sedih dengn perpisahan yang berlaku kerana kesedihan takkan mampu membawa balik sehabat kita yang berjuang untuk amsa depan mereka… jadi.. berusahalah untuk terus menaikkan nama Diploma Pertanian di mata UPMKB dan buktikanlah bahawa kita mampu melakukannya.. J

1 comment:

n-ya said...

sedey tol ayat.....