Sunday, October 16, 2011

Awas Selangor...Terengganu FC Nelang





"Musnahkan MISI 33 Gergasi Merah Kuning !! " dan " Lenyap Cabaran Negeri sembilan !!" itulah laungan dua pasukan daripada Terengganu menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung 18 Oktober ini...





" To Be a Champion, we must beat the champion "
Kata-kata azimat yang menjadi pegangan Irfan Bakti dan diserapkan ke dalam semangat pemain telah membolehkan mereka menumbangkan Musuh Tradisi mereka, Kelantan pada saingan suku akhir. Ini merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi anak buah Irfan Bakti Abu Salim dalam usaha membawa pulang Piala Malaysia ke Terengganu.... Skuad Peteh Penyu Peteh percaya mereka mampu untuk menundukkan Selangor dalam saingan separuh akhir nanti...

Ini lah barisan terbaik Terengganu yang akan menentang
Selangor pada saingan separuh akhir

Terengganu kini mempunyai kelebihan tersendiri dengan barisan pemainnya berada pada tahap yang terbaik untuk menghadapi saingan saperuh akhir malam esok. Dengan gandingan Abdul Manaf mamat serta Abdul Hadi Yahya dan dibantu oleh Ashaari shamsudin, Joseph kalang Tie, Ismail Faruqi serta Reeshafiq Alwi.. mampu untuk memberikan ancaman buat benteng Selangor malam esok...



Bukti yang menunjukkan mereka ini bukan calang-calang pemain ialah ketika menentang Kelantan pada perlawanan Suku Akhir minggu lalu... gawang Juara bertahan Piala Malaysia tahun lalu dibolosi sebanyak 5 gol dalam dua perlawanan iaitu 3 gol di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah serta 2 Gol di Stadium Sultan Mohammad ke -4 ,Kota Bharu....

Benteng KELANTAN dihukum oleh 7 pemain ini yang seolah-olah memandang rendah terhadap keupayaan penyerang serta pemain tengah Terengganu ini... Akibatnya, mereka gagal mempertahankan Piala berprestij ini...





Benteng Terengganu pula merupakan bentang terbaik dalam saingan Piala Malaysia edisi 2011 apabila hanya bolos sedikit saja... gandingan pemain berpengalaman, Marzuki Yusoff, Zubir Azmi, Helmi Rameli serta Mazlizam Mohd mampu untuk mengekang asakan setiap pasukan lawan yang di hadapinya.... Laungan supaya GErgasi Merah Kuning berhati-hati juga turut diluahkan oleh pemain yang berada di benteng terakhir skuad Penyu, Sharbinee Allawee yang tangkas menjaga gawang Penyu daripada di bolosi....



Menghancurkan MISI 33 Selangor...


Apapun... Pengendali skuad Peteh tidak mendabik dada dan tidak mahu memandang rendah keupayaan skuad kendalian P.Maniam yang beraksi baik dalam saingan suku akhir menentang Perak.... Walaupun Selangor seolah-olah terumbang ambing dalam melaksanakan misi 33 ketika peringkat kumpulan , namun perlawanan suku akhir telah menunjukkan bahawa Misi 33 yang dicari oleh pemain serta ribuan penyokong Selangor kembali cerah.. Skuad Seladang lesu apabila dibelasah 3-1 di shah Alam dan sekali lagi tewas di Ipoh kepada Gergasi Merah Kuning dengan 1-0 menjadikan aggreget 4-1....

Selangor mempunyai pemain yang berpontensi tinggi seperti Shafiq Rahim, Bunyamin Omar, Rudie Ramli untuk merobek gawang Penyu... NAMUN, Skuad penyu telah bersedia untuk menangkis segala serangan yang akan dilancarkan oleh Selangor malam esok di shah Alam....

Penyu Tak Mboh Nangih Doh !!!
dulu Tranung memang lain,
tapi lening beruboh doh...
Tranung lening, tranung nelang...
Kijang reboh kene bahang,..
ini semua ingatan ke mereka...

Selangor Debbe, Tranung Nelang,
Selangor rebeh, Tranung bahang...



2 comments:

Iqin said...

orang selangor mari.

amirr... said...

HAHA... just wait n see untuk mlm nie ye...huhuh