Tuesday, October 18, 2011

Penyu MENGAMUK..Red Giants TERSUNGKUR,




Misi 33 selangor semakin musnah... itulah kenyataan yang dapat dilihat apabila anak buah P Maniam tersungkur kepada skuad Peteh pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi...


Manaf Mamat.. merupakan wira kepada skuad kendalian Irfan bakti apabila menjaringkan 2 gol...


2 gol jaringan Abdul Manaf Mamat telah membuatkan barisan kendalian Haji Irfan Bakti berada sebelah kaki untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia. Abdul Manaf Mamat berjaya merobek gawang Selangor seawall minit kedua perlawanan bermula.. Hantaran cantik daripada Ashaari Shamsuddin berjaya disempurnakan oleh Manaf dengan menggunakan tapak kaki walaupun dia sudah terjatuh. Penjaga gawang Selangor tidak mempu berbuat apa-apa dengan tindakan penyudah itu lalu memboleh kan skuad penyu mendahului 1-0…

Walaupun Selangor lebih banyak melakukan serangan namun ketangkasan serta kekebalan benteng pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusoff Berjaya mengekang setiap asakan yang dilancarkan… Sebaliknya, Manaf mamat Berjaya sekali lagi menghukum kealphaan barisan pertahanan Selangor dengan menjaringkan gol kedua buat pasukan pelawat.. Gerakan “Counter Attack “ yang menarik antara Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie telah mengelirukan benteng Selangor sebelum Manaf mamat Berjaya mencuri peluang untuk melakukan rembatan luar kotak penalty untuk memperdayakan penjaga Gol Selangor sebelum babak pertama tamat…



Misi 33 selangor kian terpadam apabila tumbang

kepada Terengganu 2-0 di laman sendiri

Selangor Berjaya mendapat beberapa peluang keemasan melalui sepakan percuma namun sepakan yang diambil oleh Shafiq Rahim tidak menepati sasaran… Ketiadaan penyerang berbisa, Amri Yahyah seolah-olah membuatkan Selangor tiada penyudah untuk merobek gawang yang di Kawal Sharbinee Allawee… Ketiadaan Amri amat turut dirasai oleh jurulatihnya, P Maniam .

Babak kedua menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan agak seimbang walaupun Selangor lebih kerap melakukan percubaan bahaya ke gawang Terengganu… Namun, aksi “Quick Counter” dan “ Counter Attack “ daripada skuad penyu telah membuatkan benteng Selangor goyah….

Apapun, P Manian menyatakn bahawa Terengganu bermain dengan baik dan pantas pada Malam ni membolehkan mereka memenangi perlawanan ini dan Jurulatih Terengganu, Haji Irfan Bakti tidak mahu mendabik dada kerana masih lagi ada 90 minit di Kuala Terengganu untuk menentukan siapa lebih layak ke Final.. Beliau juga turut memuji persembahan anak buahnya dan menyatakan perlawan separuh akhir di Shah Ala mini merupakan mpersembahan menarik mereka di Tempat lawan…

Ketika Si Abang sedan bergembira menumpaskan bekas juara 32 kali Selangor malam ini, Si Adik T-Team FC seolah-olah lemas di musim tengkujuh apabila tewas 4-2 di tangan pasukan Negeri Sembilan… Walaupun Tewan namun, Pengandali T-team FC , Yunus Aliff yakin bahwa anak buahnya bangkit di Paroi sabtu ini…





Apapun, Sekalung Tahniah sekali lagi buat Terengganu FC yang Berjaya menumpaskan Selangor 2-0 di Shah Alam mala mini.. Terus rentak kecemerlangan ini ketika beraksi di laman sendiri nanti… J

Skuad Peteh Menang bergaya,

Gergasi Merah Kuning menjadi mangsa,

pEnyu kini boleh Berbangga…

Untuk memburu PIALA MALAYSIA…

No comments: