Monday, October 10, 2011

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

malam nie terdapat empat perlawanan suku akhir sedang berlangsung dan pastinya menjadi tumpuan ialah pertembungan antara dua musuh tradisi iaitu TERENGGANU DAN KELANTAN... Pasti menarik perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah ini... Melihat pada atas kertas... skuad bimbingan Irfan Bakti ini merupakan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.. Namun, Kelantan pastinya akan memberikan aksi terbaiknya untuk mencari bekalan sebelum bertandang ke Kota Bharu jumaat ini... dan menebus balik kekalahan mereka pada perlawanan akhir Piala Malaysia....

perlawanan lain juga turut menyaksikan Adik pasukan Terengganu, T-Team menentang Sabah di Stadium Likas, Selangor menyambut kunjungan Perak dan Negeri Sembilan pula berkunjung ke Stadium MBPJ untuk menentang Felda United yang beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung....

ini merupakan petikan daripada Berita Harian...


Jika Selangor nak main dan bawa pulang piala musim ini, mereka perlu atasi Perak. Terengganu dan Kelantan pula, sepatutnya mereka jumpa di final tetapi saya rasa kelebihan sedikit berpihak kepada Terengganu dari segi barisan pemain mereka, ujarnya.
Razip pula berpendapat, Perak dan T-Team mampu melangkah ke separuh akhir tetapi Terengganu dan Negeri Sembilan lebih memiliki barisan berkualiti untuk ke final.

Saya memilih Terengganu dan Negeri Sembilan kerana dari awal mereka menunjukkan aksi konsisten. Kami pernah berdepan T-Team dan Selangor tetapi tidak nampak kekuatan sebenar mereka, kata Razip.



hahha...... apa yang aku harapkan Terengganu Dan T-Team akan mara
lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia ini.. :)

No comments: