Sunday, October 30, 2011

JASAMU DIKENANG.. TQ IRFAN BAKTI



" Saya berundur bukan kerana pergeseran atau rasa tidak puas hati terhadap PBSNT. Saya tidak ada masalah dengan persatuan malah mereka membayar gaji dan bonus tepat pada masanya. saya meninggalkan TERENGGAnu kerana sudah dua tahun saya di sini... Cukuplah." Itulah kata-kata IRFAN BAKTI ABU SALIM setelah memilih untuk meninggalkan Skuad Penyu dalam saingan liga Musim 2012.

Sebahagian besar pemain dan penyokong peteh amat merasai kehilangan penjana startegik buat Sang Penyu hingga berjaya mencapai satu tahap yang boleh dibangga buat skuad Terengganu. Dua tahun menabur bakti di bumi Darul Iman, Irfan akhirnya memilih skuad RED GIANTS sebagai destinasi sebagai jurulatih.

Terima kasih da selamat maju kepada Haji Irfan Bakti diatas segala sumbangan dan jasa yang telah dikorbankan untuk Terengganu. Musim 2011 merupakan musim paling berjaya bagi kendalian Irfan Bakti meskipun hasratnya untuk memeluk trofi Piala Malaysia buat kali pertama tidak tercapai. Menjadi Johan Piala FA, Naib Johan Piala malaysia serta Naib Johan Liga Super sudah cukup bermakna bagi Irfan dan menyatakan bahawa Terengganu merupakan skuad yang terbaik dan mampu untuk pergi lebih jauh...

Terima kasih..
terima kasih..
Terima Kasih...
Thank Yu Very Much Haji Irfan Bakti Abu salim

Meraikan kejayaan bersama skuad Terengganu...


Sikapnya membuatkan semua pemain senang untukberlatih..

JULANG.. Pemain Terengganu menjulang Irfan Bakti sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. Terengganu Johan Piala FA 2011'



Irfan Bakti seorang jurulatih yang berkaliber tinggi...




Irfan berpuas hati dengan pencapaian Terengganu musim ini.
Saat pertma Irfan bersama Skuad Terengganu telah
membayangkan bahawa Sang Penyu akan bangkit..


TETAP BANGGA... Irfan bakti ketika menerima
medal selaku naib Johan PIALA MALAYSIA .

PUAS... Saat bahagia Irfan setelah berjaya mara ke Final
ketika menewaskan Selangr di Kuala Terengganu.

IRFAN.. boleh dikatakan sebagai jurulatih paling aggresif
kerana jarang duduk di tempat duduk...
dan sentiasa memberi arahan kepada pemain



Kata-kata yang menjadi Azimat untuk Irfan Bakti kepada Anak buahnya.

Irfan boleh dianggap sebagai WIRA SANG PENYU dengan strategi, formasi dan
percaturan sehingga boleh menumbangkan KELANTAN DAN SELANGOR


Saat Bermakana... Irfan Menerima Trofi ketika membantu TERENGGANU
menjulang PIALA FA pada tahun 2011


No comments: