Tuesday, October 25, 2011

PENYU BERSEDIA MELIBAS SANG RUSA




Bahang Final Piala Malaysia semakin dirasai terutamanya penyokong setia bagi dua buah negeri iaitu TERENGGANU dan NEGERI SEMBILAN. Sememangnya perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini menjadi tumpuan kerana semestinya penyokong tegar PETEH inginkan piala berprestij ini pulang ke Kuala Terengganu setelah 10 tahun menanti... manakala penyokong Hoben Jang Hoben mahu melihat pasukan merangkul kembali kejuaraan dua tahun lepas.

Jika dilihat kepada keputusan lalu... Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah tampak lebih selesa untuk menjulang Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam sabtu ini namun kehebatan Terengganu yang berjaya menumbangkan Juara bertahan Kelantan pada peringkat Suku Akhir serta membenam MISI 33 Selangor itu mampu menyekat kehebatan Skuad Rusa yang semakin mengganas ketika ini.


Kehebatan Trio Terengganu, Ashaari Shamsuddin, Manaf Mamat serta Abdul Hadi Yahaya memang tidak dapat dinafikan untuk merobek gawang Negeri Sembilan pada saingan akhir nanti. Kelebihan Quick Counter yang dilakukan anak buah Haji Irfan Bakti mampu membuatkan sang rusa menyesal sekali lagi... Kelicikan pemain tengah Joseph Kalang Tie yang sentiasa mengawal bola mampu memberikan tekanan terhadap pemain-pemain negeri Sembilan itu.


Kekalahan kepada Negeri Sembilan pada peringkat kumpulan Piala Malaysia tahun ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk melihat siapa yang bakal membawa pulang Piala Malaysia kerana Semua pemain Peteh sudah bersedia untuk membalas dendam terhadap negeri sembilan yang menyingkirkan adik mereka T-Team di saingan separuh akhir,.

Hairuddin Omar mungkin akan menjadi duri dalam daging buat pemain Terengganu pada perlawanan penting itu nanti. Gandingan Hairuddin serta Shahruain memang tidak dapat dipertikaikan lagi apabila negeri sembilan berjaya menjejakkan kaki ke Final.. Negeri Sembilan merupakan satu pasukan yang mantap dan mampu bangkit untuk menjulang Piala Malaysia 2011.. Mungkin ini juga merupakan sesuatu yang bersejarah buat Hairuddin Omar kerana dia akan menentang pasukan yang disertainya 10 tahun dahulu.

Apa yang menjadi persoalan dan hangat diperkatakan kini, Harga tiket yang bernilai rm 50 untuk perlawanan akhir di Stadium Shah Alam nanti. MAHAL... itulah reaksi daripada seluruh penyokong setia TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN... hinggakan ada penyokong yang memboikot perlawanan nanti...

No comments: