Saturday, October 22, 2011

Penyu Gah, Misi 33 Terkubur



Gol Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah menguburkan terus MISI 33 yang diimpikan oleh skuad REd Giants. Kemenangan 2-1 skuad Penyu keatas Selangor memastikan Impian untuk menamatkan kemarau 10 tahun kian bersinar buat anak buah Irfan Bakti.


Usaha anak buah P.Maniam untuk mencari gol bagi merapatkan jurang disentak oleh gol hasil rembatan penyerang berbisa terengganu , Manaf Mamat yang mendapat hantaran daripada Ashaari Shamsuddin... Walaupun Selangor lebih kerap menlancarkan serangan namun kelebihan pemain skuad Penyu yang melakukan Quick Counter memberi padah kepada pemain Selangor.. Kesudahan separuh masa pertama kekal 1-0.



Separuh masa kedua menyaksikan skuad bimbangan Irfan Bakti abu Salim lebih kerap bertahan di kawasan sendiri untuk menyekat serangan Red Giants. Namun, Skuad Peteh sekali lagii membuktikan mereka merupakan pasukan terbaik apabila Ashaari Shamsuddin melakukan rembatan cantik untuk menewaskan penjaga gol selangor. Gol tersebut telah melnyapkan terus impian selangor untuk merealisasikan MISI 33 yang penyokong impikan.



Selepas selesa mendahuli dengan aggregate 4-0, pemain Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusoff memperlahankan rentak permainandan akhirnya pelawat berjaya memperoleh gol saguhati untuk dibawa pulang ke Selangor hasil jaringan kapten kebangsaan, Shafiq Rahim yang melakukan tadukan untuk menewasan Sharbinee,,,




Misi balas terdendam terhadap Selangor dan Kelantan sudah terlaksana, apa yang tinggal buat Skuad Terengganu FC ialah memusnahkan Impian Hoben Jang Hoben untuk merangkul gelaran Piala malaysia setelah 3 kali beraksi di pentas akhir. Selain itu, harapan ribuan penyokong Peteh ingin menyaksikan skuad ABANG membalas dendam terhadap negeri sembilan yang menyekat kemaraan Skuad ADIK, T-Team pada perlawanan separuh akhir.

Negeri Sembilan merupakan pasukan terbaik dalam perlawan kalah mati dan mampu menyekat mana-mana pasukan untuk meraih kemenangan. Namun harus diingat bahawa Terengganu juga merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.... Saingan Akhir akan berlangsung pada 29 oktober 2011 di stadium Shah Alam,. Apa yang aku ingin harapkan agar Piala Malaysia ke kembali ke bumi Terengganu setelah 10 tahun.. :) Itulah juga harapan seluruh penyokong Peteh Penyu Peteh..


No comments: