Saturday, October 29, 2011

Penyu Menangis, Hairuddin Wira RUSA




Dia anak jati SETIU , TERENGGANU...Dia pernah membantu skuad Penyu menjulang piala Malaysia pada tahun 2001 dan malam ini dia sekali menjadi wira pada perlawanan akhir Piala Malaysia... tapi untuk pasukan Negeri Sembilan... Itulah Hairuddin Omar


Hairuddin Omar , anak kelahiran Setiu , Teregganu
menjadi duri dalam daging kepada skuad penyu

Jaringan cantik daripada Hairuddin Omar pada minit-minit terakhir perlawanan membuatkan PENYU MENANGIS LAGI... Kebangkitan anak buah Azraai Khor Abdullah patut dipuji dan layak untuk menjulang piala berprestij itu dalam masa 2 tahun... Setiap aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain hoben jang hoben perlu dihargai kerana mereka banyak mengasak kegawang Terengganu seawal perlawanan bermula lagi. Kelincahan Shukor Adan kerap kali mengusarkan pertahan Penyu.

MILIK KAMI..... Pemain-pemain Hoben Jang Hoben
menjulang Piala Idaman mereka setelah dikecewakan Kelantan musim lalu.



Igaun ngeri mungkin amat dirasai oleh penjaga gol terengganu, Sharbinee Allawee yang mudah melepaskan gol penyamaan hasil rembatan luar kotak penalti oleh S. Kunanlan. Mungkin para penyokong mahupun jurulatih tidak mampu menerima gol yang mudah itu... Ada sesetengah penyokong menganggap gol yang dilepaskan itu tidak boleh dimaafkan.. Apa pun, Sharbinee telah melakukan yang terbaik.. namun dia tetap manusia tidak sempurna... Sebarang kesilapan memang boleh berlaku di dalam bola sepak..


Lepas.. Gol yang mudah dilepaskan oleh Sharbinee telah
mengecewakan ribuan penyokong PENYU


Jaringan awal oleh pemain sensasi TERENGGANU, Ashaari Shamsuddin tidak mampu untuk menjulang terengganu menjadi Juara Berganda selepas membawa pulang PIALA FA 2011... Lorongan cantik daripada manaf mamat memboleh ashaari melakukan penyudah yang baik untuk menewas farizal marlias...Akhirnya..S. Kunanlan menjadi penyelamat kepada ribuan penyokong hoben jang hoben yang duduk diam selepas skuad penyu mendahului.



CERIA,... Ashaari Shamsuddin seteleh menjaringkan
gol pendahuluan buat Terengganu...

Reaksi penyokong di Facebook nyata tidak puas dengan sikap Sharbinee yang mudah melepaskan gol penyamaan. Apapun, beliau tidak boleh dipersalahkan 100 % kerana bola itu bult dan macam2 boleh berlaku... sekali lagi, Tahniah untuk Hoben Jang Hoben dan usaha lagi buat pemain penyu untuk masa yang akan datang... Khabarnya ada satu berita sedih yang akan disampaikan oleh orang kuat Terengganu, Haji Irfan Bakti Abu Salim sepas perlawanan berakhir semalam namun, kami masih lagi belum mengatahui apakah pengumuman yang akan di sampaikan itu.

Hairuddin Omar juga memehom maaf kepada seluruh penyokong Terengganu dan memuji semangat anak buah Irfan Bakti yang tidak pernah mengalah. Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh krew Astro Arena. "Saya bermain untuk Negeri Sembilan dan ini tangggungjawab saya untuk menjaringkan gol." Katanya.


GEMBIRA... Pemain Negeri Sembilan selepas pengadil, Syukri Nor
meniupkan wisel penamat semalam.



HEBAT... Pemian serta pegawai NSFA meraikan kemenangan.

MURAM.... Barisan simpanan Terengganu dalam
kekecewaan setelah ditewaskan Sang RUSA.



Hai-O mendapat ucapan tahniah daripada rakan sepasukan
setelah menjaringan gol kemenangan buat Negeri Sembilan

1 comment:

cinta siswi said...

sy suke dua-dua.. N9 n Tranung.hoho..
tp lagi suke The Red Warriors.. :P