Monday, May 16, 2011

Aksi dua mUsuh PantaI TiMur.....



Terengganu dan Pahang akan mencipta sejarah tersendiri dalam sejarah bola sepak tempatan apabila musuh tradisi itu akan bertemu pada saingan akhir Piala F.A 11 JUn ini. Pada saingan separuh akhir pertama.. Kelantan seolah-olah sudah berpuas hati dengan kemenangan selesa di shah Alam jumaat lalu dengan 5-1.... manakala skuad Penyu pula bangkit mencipta tiga gol selepas ketinggalan dua gol untuk bekalan ke Terengganu dengan 3-2...
Saingan seperuh akhir kedua ... Kelantan berpuas hati walaupun hanya sekadar mencatat keputusan seri di Stadium Sultan Mohamad Ke4 semalam... Selangor yang mempunyai tugas getir untuk mencari 5 gol Di Kelantan bagi membolehkan mereka layak ke Final Piala F.A bagaimanapun tak menjadi apabila Kelatan lebih banyak melancarkan serangan ke gawang Red Giant.... Usaha Kelantan tak Sia-sia apabila Shakir melepaskan rembatan luar kotak penalti untuk gol pertma tuan rumah.... jentera serangan Red Warrior yang diketuai oleh Khalid Jamlus dan Ramzul mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi nasib tak menyebelahi mereka.... Pada babak kedua.. Selangor lebih banyak mengatur perlawanan dengan melancarkan serangan berbahaya ke gawang Kelantan... Hasilnya Rudie ramli berjaya menghadiahkan gol buat Selangor sekali gus mengelakkan Selangor tewas kepada elantan buat kali ke-empat berturut-turut.

pada perlawanan lain pula.. Terengganu terus memastikan Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah menajdi stadium keramat bagi mereka... apabila mudah menundukkan Pahang 2-0... pada perlawanan tersebut... terengganu berada dihadapan pada apabila Abd Hadi Yahya tenang menyempurnakan sepekan penalti selepas penjaga gol menyambar kakinya sewaktu seorang lawan seorang.... Terengganu yang diiringi oleh sorakan lebih 15 ribu penyokong terus mencari gol untuk kemenangan selesa namun segala percubaan itu berjaya dihalang oleh pemain pahang.... Skuad Penyu akhirnya berjaya menambah gol untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA apabila pemain gantian Mohd Alim fahmi berjaya menyempurnkan hantaran daripadaAhmad Nordin Alwi untuk memastikan Terengganu menang 2-0 malam tadi....

Sang penyu takkan menangis lagi... itulah reaksi penyokong terengganu apabila perlawanan berakhir semalam.... Dan mereka semua juga tidak gusar walaupun akan bertemu Juara Piala Malaysia tahun lalu pada Final Di Shah Alam nanti... kerana bagi mereka.. Terengganu merupakan salah sebuah pasukan yang mantap dan tak pernah mengalah... Buktinya.... Pada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Perak.... Terengganu tewas papa skuad Kejor Yob Kejor 3-2 namun bangkit di stadium keramat mereka untuk menang 3-1 dan sekali gus layak ke Separuh akhir.. begitu juga episod di Separuh akhir... ketinggalan 2-0 kepada pahang pada awal babk kedua sedikit pun tak melenturkan semangat anak buah Irfan Bakti sebaliknya terus menggandakan asakan dan hasilnya aksi Final akan dihidangkan kepada seluruh penyokong setia Terengganu... Terengganu mempunyai rekod yang baik pada Piala FA dengan pernah menjadi juara sekali dan naib johan sebanyak 2 kali sejak Piala ini diperkenalkan 1990...


No comments: