Sunday, May 22, 2011

Lakaran kehidupanku ( Part 1)




Tanggal 24 februari 1992... kedengaran tangisan seorang bayi yang baru dilahirkaan ke bUmi yang penuh dugaan nie... Tangisan yang mula bergema pada pukul 5.30 petang itu telah memberikan cahaya baru untuk keluarga Aminudin Ismail Dan Sarinah Mat zin...aku kemudiannya diberikan nama AhMad Amirr Bin Aminudin sangat cute dan comel.. ( Perasan je lebioh..Hak3)


Cute tak ???? hhehehe


Aku dijaga ibarat menatang minyak yang penuh dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya... aku amat dimanjakan oleh kedua orang tua aku... sebab orang menganggap aku seorang yang manja terutamanya dengan mama aku.. kenapa aku manja dengan mama ek?? sebabnya lepas aku dilahirkan.. aku lebih banyak masa bersama maam berbanding ayah aku.. ayah aku berkerja kat Kuala Lumpur masa tu.. jadi... masa bersama aku pun kuranglah... mama tempat aku mengadu domba...
kat rumah Di Kuala Lumpur


ketika usiaku mencecah umur 1 tahun lebih.. mama telah membawa aku ke Kuala Lumpur... lebioh dekat dengan ayahku... masa tu mama aku kerja sebagai kerani kat Sebuah sekolah di Kuala Lumpur.. Taman Permata, wangsa Maju...... ketika usiaku meningkat.. perangaiku makin menjadi-jadi.. aku menjadi makin nakal... maklumlah.. anak lelaki kan..hehehe Semasa mama n ayahku berkerja.. aku ditempatkan di sebuah taska.... tapi aku dah tak ingat nama taska tu..huhuh


Ketika usia aku 4 tahun...


Aku masih ingat lagi.. pada satu hari dihujung minggu semasa di Kuala Lumpur... Ayahku baru sahaja sampai daripada tempat kerja.... aku pun meloncat kegembiraan.. "ayah dah balik.." maklumlah.. budak2 agy kan.... lepas tu.. aku terus jer berlari ke arah motosikal ayahku... tanpa aku sedari bahawa ekzos motor ayahku masih panas./... kaki aku terkena ekzos itu...


Praaaapppp



Menangis teresak-esak aku... dan parut kesan terkena ekzos motor itu masih lagi kekal kat peha aku... dan akan menjadi kenangan aku sampai bila2.... Hak3.. itulah bukti kenakalan aku... parut itu menjadi saksi akan kenakalan aku... akhirnya... ketika umur 4 tahun... ayahku telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Terengganu..

( Ikuti kisah seterusnya pada part akan datang ) :)

No comments: