Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day.....

Tanggal 16 Mei setiap tahun.... semua guru di seluruh dunia akan diraikan bagi menghargai jasa mereka yang telah banyak mendidik anak murid sehingga berjaya menjadi seorang insan yang cemerlang.... Sesungguhnya jasa seorang guru memang sukar untuk dibalas... seorang guru seumpama sebatang lilin yang sanggup membakar dirinya untuk menerangi dunia orang lain tanpa memikirkan kesakitan yang dirasainya... begitulah hakikatnya seseorang guru yang bertungkus lumus untuk mendidik anak bangsa supaya dapat menjadi modal insan yang boleh berbakti untuk agama , bangsa dan negara kelak..

Andainya hari ini seorang perdana menteri berjaya menguasai dunia... andainya hari ini seorang arkitek mampu membina bangunan pencakar langit... andainya hari ini seorang petani berjaya menguruskan beribu hektar ladang... andainya hari ini seorang pilot mampu membelah langit di angkasa... andainya hari ini seorang insan itu menjadi manusia yang berguna.. semuanya bermula dengan seorang insan yang mulia bernama GURU....

sesungguhnya panggilan keramat Guru , Cikgu , teachers , Sir , Madam telah membuatkan hari ini Malaysia sudah menjadi salah sebuah negara yang maju dan mampu untuk bersaing dengan negara maju yang lain...

Seseorang guru tak pernah mengharapkan apa-apa daripada anak didiknya .. cukuplah sekadar melihat anak didiknya menangis kegembiraan apabila keputusan peperiksaan yang keluar.... itu sudah cukup untuk membuatkan seorang cikgu berasa gembira dan puas kerana pa yang telah dicurahkannya dapat diterima oleh insan bernama murid....

dikesempatan ini
... aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU ...
kepada
semua warga pendidik di Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Chalok Barat
Sekolah Menengah Sains SUltan Mahmud , Kuala Terengganu
Semua Jurulatih Kem Latihan Khidmat Negara Cancun Park Pasir Mas Kelantan
dan
Semua Pensyarah Universiti Putra Malaysia Kampus BIntulu Sarawak....

No comments: