Thursday, May 26, 2011

Lakaran kehidupanku ( Part 4)



" Amirr... studylah.. jangan asyik nak main jer.... UPSR dh nak dekat " kata-kata itulah selalu terngiang-ngiang di telingaku.... mama selalu jer menasihati aku supaya belajar... memang betul kata mamku itu... dengan ilmu lah kita boleh berjaya... UPSR just around the corner... aku masih lagi khayal dengan kenikmatan menjadi seorang lelaki yang terus membesar di kawasan Felda ini...
semakin menjadi-jadi perangaiku ketika UPSR semakin dekat... aku langsung tak pernah hiraukan tentang peperiksaan pertamaku itu... bagi aku itu semua hanyalah peperiksaan biasa jer.... sama jer macam OTI dan peperiksaan akhir tahun.... mengenai keputusan percubaan UPSR aku,... hanya 3A 1B 1C yang aku terima... ramai yang mempersoal keputusan peperiksaan aku itu.. mana tidak nya... my brother n my sis perolehi 4a 1B dalam UPSR satu pencapaian yang membuatkan mama aku tersenyum lebar... namun setelah melihat keputusan aku... mama hanya membisu... mama kata kalau amirr main gini... amir takkan dapat 5A UPSR.. aku just diam seribu bahasa...




kenangan bersama rakan-rakan sekolah rendah...


"petang ni mandi sungai nak tak?? " sahut kawan ku...
" okey jer... tapi petang kelas Math Cikgu Junidah lah " aku mula bersuara.... Memang mandi sungai merupakan hobi aku waktu menjangkau usia di Sekolah rendah dahulu... Kalau diikutkan memang tak pernah miss mandi sungai.. memang nikmat mandi sungai kerana sungai sangat bersih suatu ketika dahulu... bagi aku.. sekarang ni mungkin budak-budak sekolah rendah tidak dapat menikmati keindahan mandi sungai, melalui denai2 , bidas burung, dan macam2 lagi....

Petang tu pun.. aku buat alasan kat Cikgu yang aku s
akit kepala... takleh nak pergy kelas... Cikgu terima alasan aku tu.. dan petang tu.. aku pun tenggelam diarus keseronakan mandi sungai... memang puas... aku gembira... namun.. keesokannya... Cikgu Junidah tahu bahawa semalam aku n the geng ponteng sekolah... bukannya macam aku katakan semlam yang aku sakit kepala... akhirnya aku di denda berdiri diluar kelas dengan kaki sebelah... huhuhu letih giler taw.. :0.. dahlah kena denda... balik tu pulak ke berleter ke mama... mama dah tak bagi lagi untuk aku keluar rumah.. :(

Esok aku akan menduduki peperiksaan UPSR... namun petang tu aku masih lagi bermain bola dengan kawan2 aku berhampiran rumah aku.... mama mengetahuinya dan aku dipanggil pulang... mama cakap..." esok nak periksa pun duk main lagi... appa nak jadilah amirr nie... "
Zaman kecik-kecik.. :)




Masa demi masa berlalu... dan akhirnya aku dah tamat peperiksaan UPSR pada tahun 2004... hari ini.. aku akan mengetahui akan keputusannya... Pagi sebelum aku pergi kesekolah untuk mengambil keputusan... aku bagitahu mama aku yang aku bermimpi keputusan peperiksaan UPSR diumumkan di Televisyen... TV itu memaparkan semua nama pelajar yang memperolehi 5A namun... sampai je kat sekolah Chalok Barat,,, TV tu rosak.. jadi tak tahu sapa yang dapat 5A... mama hanya tersenyum setelah melihat aku berbicara... mama cakap " mama tak kesah amirr dapat berapa pom... mama tak pernah mengharap anak-anak mama dapat berapa sekali pun. " saat itu aku terdiam.. sebab aku tahu setiap ibu inginkan anaknya berjaya... bahkan bapa saudara aku sendiri tak yakin yang aku akan mendapat 5A dalam UPSr..... aku menerimanya kerana aku sendiri tak yakin bahawa 5 A akan ku perolehi....

aku pergi kesekolah.. dan masih lagi bermain dengan kawan2 aku.. walaupun ada sesetengah kawan aku yang sedang kegelisahan menanti keputusan yang akan diumumkan... dalam pukul 10.30.... cikgu remzan menulis senarai nama yang berjaya memperolehi 5A.. apa yang aku dapat tahu bahawa SK Chalok Barat mendapat 8 orang 5A dan hanya 3 orang sahaja lelaki... masa tu hanya memerhati sahaja skrin LCD dihadapan semua ibu bapa yang hadir semasa hari kecemerlangan sekolah... setakat 7 orang yang ditulis.. nama aku tak tersenerai... aku pon tak menharap sangat aku dapat 5A.... last2... kawan aku menjerit nama aku dan terus mengangkat aku ke atas pentas....

memang tak sangka.. akhirnya aku berjaya memperolehi 5A,... dan mencatat sejarah ahli keluarga pertama mendapat 5A dalm kelaurga aku.. lepas turun dari pentas tu.. aku terus berlari mendapatkan mama aku... tanpa ku sedari.. airmata kegembiraan mula mengalir...
Thank You aku ucapkan kepada mama n ayahku.. cikgu2 yang telah banyak berjasa untuk aku.. dan kawan2 yang beri sokomngan untuk aku.. :)

(Ikuti kisah selanjutnya pada part akan datang )

1 comment:

belogisam said...

oi, amir,, budak lelaki sebelah iri sekali adalah aku,, isam ismail pemilik belogisam