Wednesday, March 2, 2011

TERIMA KASIH... :)

didalam kepadatan jadual aku ketika menuntut di UPM Kampus Bintulu, tetapi aku juga masih lagi berpeluang untuk menjenguk ruangan dashboard blog aku nie... Yup dalam mase 2 minggu nie, aku memang sibuk dengan assignment yang diberikan oleh pensyarah, kesibukan dengan penglibatan bersama kokurikulum berkredit QKS 21113 bola jaring yang ingin melakukan hari keluarga, kepadatan masa dengan menyertai sukan uniputra 2011 upmkb dan sebagainya. Hari minggu pon trase seperti bukan hari weekend. Namun, aku hanya menerimanya dengan redha kerana itulah kehidupan...

Kehidupan ini memang mempunyai banyak halangan dan dugaan yang tak pernah kita undang. Tetapi itulah maha kuasa daripada Illahi. Dengan ujian dan cabaran yang dibuat itu menjadikan kita lebih mengingatinya yang telah menjadikan seluruhnya di alam ni,.. Dalam kelas Biology pertanian kali ini, aku telah mempelajari berkaitan dengan ginetik. apakah yang dimaksudkan dengan ginetik ini? aku pun tak seberapa paham..hehehe memang Yang Esa mempunyai kelebihan yang tak mampu ditandingi. DIA mampu menciptakan pelbagai jenis paras rupa, genetik yang berbeze-beza dan sebagainya...

Jadi tujuan au menulis entri kali ini ialah untuk bersyukur kepadaNya kerana telah menjadikan aku dengan sempurna dan tiada cacat cela.. begitu juga dengan orang lain. ade kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tapi aku tidak paham kenapa ade lag yang masih tak mensyukuri nikmat yang dikurniakan itu. Tidak mereka berfikir bahawa mereka lebih bernasib baik daripada orang kelainan upaya yang ada tak mampu berjalan, bercakap dan sebagainya...
Cuba bayangkan kalau tuhan menjadikan kita sebegitu??? adakah ketika itu kita baru ingin bersyukur???

hmm, itulah manusia... huhuhu hari ini umur aku dah mencecah 19 tahun 7 hari. Adakah aku sudah matang untuk berfikir yang terbaik untuk diri aku sendiri?? aku rase aku masih lagi tak mampu tuk berfikir yang terbaik sekiranya tiada bimbingan daripada kawan-kawan ku serta ibu bapa yang tersyang.. aku juga pernah berfikir apakah yang terjadi sekiranya aku tiada kawan untuk aku mengadu?? sudah tentu amat sukar bagi diriku.. Aku adalah berkawan dengan seorang ni.. budak UPMKB juga, tapi dia daripada program lain. Dia amat baik kat aku.. aku pon kadang-kadang happy dengan dye,,,hehehe yelah, pagi2 dia yang tolong kejutkan aku. selalu nasihatkan aku.. mungkin dia boleh dikatakan sebagai pengganti kawan baik aku yang telah lama menyepi.... walaupun dia tak serupa dengan kwan baik ku dulu, tapi dia juga mempunyai kelebihan yang tersendri.. itu aku tak nafikannya...

hrmmm... mungkin kehadirannya juga bertepat dengan mase... masa aku tengah kesepian dia hadir dalam hidupku. Mungkin juga Yang Maha Kuasa memberikan aku seseorang yang mampu mendidik aku.. kerana aku masih lagi muda dalam dunia fana ini...hehehe apa-apa pun.. aku ama bersyukur padaMU illahi kerana memberikan aku sahabat yang amat bermakna dalam hidup ku...

:)

3 comments:

Zalehasiah Ahmad said...

wah..kwn anda mmg baik.kjutkn anda..

amirr... said...

HAHHA... tu lah kawan namenyer.. saling ingta-mengingati..hak3

sumes said...

hargailah kwn anda.....:)