Saturday, February 12, 2011

Waspada FC hanya seri....

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Pasukan Waspada FC hampir sahaja diaibkan oleh pasukan Underdog, Dota FC apabila hanya sekadar mengutip satu mata pada perlawanan Pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Dekan UPMKB edisi ke-5 semalam. Waspada FC yang turun pada penampilan pertama pada edisi kali ini nampak mampu untuk menewaskan Dota FC.. Namun, Bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku. Jaringan pada babak pertama oleh pasukan Dota FC telah menyentak semangat pemain-pemain Waspada FC. Walaupun Waspada FC lebih banyak mengatur perlawanan tetap counter attack daripda pemain-pemain Dota akhirnya membuahkan hasil untuk mendahului 1-0 pada babak pertama

Tersenyum.. Pengurus Waspada FC setelah anak buahnya
berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua



Selepas babak kedua bersambung, Pengurus Pasukan Waspada FC , Wan Noramirrudin telah melakukan beberapa strategi baru untuk mendapatkan gol penyamaan. Tindakan Amirruddin yang telah menggantikan Amin (10) dengan Hakimi (4) telah mengubah sedikit corak permainan pasukan Waspada FC. Selain itu juga , Beberapa pertukaran telah dilakukan oleh pasukan waspa FC dengan memasukkan Ahmad Amirr (20) untuk menggantikan Penyerang Meada (9).. dan memasukkan Affiq untuk menggantikan Adzhari (6) diposisi Sayap kanan.. Serangan demi serangan yang dilakukan oleh Waspada FC akhirnya berjaya menyamaankan kedudukan 1-1 hasil jaringan kapten Waspada FC Hasif (11) yang mudah menolak masuk bola muntah daripada penjaga GOL Dota FC selepas rembatan yang dilakukan Oleh Merza (2). Semangat Pemain-pemain Waspada FC semakin meningkat untuk terus mencarikan Gol Kemenangan namun pegadil akhirnya meniup wisel tamat perlawanan...


Barisan penyokong setia Waspada FC
terus memberikan sokongan moral
walaupun ketinggalan 1-0 pada babak pertama


Ini telah menyaksikan Pasukan Waspada FC dan Dota FC masing-masing hanya memungut 1 mata setelah terikat 1-1 pada perlawanan tersebut. Kumpulan B diduhului oleh Pasukan Panther United yang memungut 3 mata penuh setelah membelasahi pasukan Arium FC 10-0. Manakala bagi kumpulan A pula, Scolio FC dan Swan Fc masing-masing memungut 3 mata penuh apabila menumbangkan lawan masing-masing. Hari ini, perlawanan Waspada FC akan bertemu pasukan Panther United jam 5.15 di padang B UPMKB....


Barisan Pemain Waspada FC pada kejohanan
Bola Sepak Piala Dekan UPMKB
edisi ke-5



Keputusan penuh kejohanan Bola Sepak Piala Dekan UPMKB Edisi Ke-5

KUMPULAN A

Scolio FC Vs C FC
7-0

Swan FC Vs Sesuka Sesuki Heart FC
4-0


KUMPULAN B

Waspada FC Vs Dota FC
1-1

Arium FC Vs Panther United
0-10


No comments: