Monday, February 21, 2011

WASPADA FC ATASI ARIUM FC

Akhirnya kemenangan yang amat dicari-cari oleh pasukan WASPADA FC membuahkan hasil apabila mengatasi cabaran Arium FC pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada ahad lepas. Kemenangan yang dianggap bermakna itu merupakan hadiah yang paling bermakna kepada pemain-pemain Waspada FC yang amat dahagakan kemenangan sejak kejohanan Piala Dekan UPMKB ini berlangsung. Kemenangan ini juga ialah hadiah kepada barisan penyokong gergasi merah ini yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral kepada pemain sejak sepak mula berlangsung...

Walaupun perlawanan antara Waspada FC dan Arium FC ini merupakan perlawanan pelengkap jadual, namun kedua-dua pasukan masih lagi mencari kemenangan pertama untuk mengelak daripada berada ditangga tercorot kumpulan B. Waspada FC yang banyak menurunkan pemain simpanan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Arium FC yang melakukan rembatan melepasi penjaga gol ketiga Waspada , Saudara Hasif.

Namun, Gol pendahuluan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat anak buah Wan Noramirrudin untuk menguasai perlawanan. Asakan demi asakan dilancarkan oleh pemain Waspada FC yang diketuai oleh Meda Babat dan Ahmad Amirr di posisi penyerang. Akhirnya serangan bertali arus itu telah berjaya memperoleh gol penyamaan apabila saudara Hakimi merembat kencang daripada luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Arium FC

Pada Babak kedua, Pemainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Waspada FC dengan beberapa percubaan bahaya dilakukan di hadapan gol Arium. Semangat yang tak pernah putus asa ditunjukkan oleh pemain Waspada akhirnya memberikan Waspada gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan apabila pemain sayap kanan, Merza Syazani melakukan rembatan padu dari kanan gol Arium.

Waspada kini boleh berbangga dengan pencapaiannya pada kejohanan Piala Dekan UPMKB Edisi ke-5 ini kerana mampu memberikan kekalutan kepada setiap lawan yang mereka hadapi. Mungkin Tuah sahaja yang tidak memihak kepada Waspada FC kali ini. Apapun setiap lawan yang menhadapi Waspada FC sering berwaspada kerana takut dibaham oleh pasukan ini...

Waspada mengumpul 4 mata daripada 4 perlawanan dengan 1 kemenangan 1 seri dan 2 kalah. Tahniah diucapkan kepada semua pemain Waspada FC yang beraksi cemerlang pada kejohanan ini.. Semoga berjumpa lagi dalam Piala Dekan UPMKB Edisi ke-6 2012...


No comments: