Friday, February 18, 2011

WASPADA FC CARI KEMENANGAN PERTAMA...

Hari ini perlawanan bola sepak Piala Dekan UPMKB akan menyaksikan satu perlawanan sengit antara Pasukan Waspada FC akan turun menentang pasukan Vertica FC dalam usaha mencari kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang keperingkat separuh akhir.... Waspada FC yang kini mengumpul satu mata daripada dua perlawanan tiada pilihan lain selain mengatasi cabaran Vertica FC yang kini sudah memungut 6 mata setelah menang dalam kedua-kedua perlawanan...

Perlawanan yang akan bermula pada jam 5.15 petang itu menyaksikan Waspada FC bakal mengubah posisi secara keseluruhannya dengan meletakkan dua penyerang baru dengan hasrat mampu melakukan penyudah yang lebih berkesan... Mungkin terdapat sedikit tekanan pada pasukan Waspada kerana mereka akan bertemu pasukan pilihan pada perlawan hari ini.. Dan menurut atas kertas sudah tentu kemenangan akan berpihak kepada Vertica. Namun bola itu bulat... dan apapun akan terjadi... Atas kertas juga menyaksikan Vertica masih lagi tanpa bolos dan 11 gol disumbangkan manakala Waspada FC hanya berjaya menjaringkan 1 gol dalam 2 perlawanan dan bolos 4 gol... Itu semua bukan ukuran... nantikanlah persembahan Waspada FC petang ini...

Menurut Kapten Waspada FC , Muhd Hasif Abd Rani , pasukannya tidak akan gentar kepada mana-mana pasukan kerana apa yang dilihatnya ialah potensi untuk mara ke separuh akhir masih lagi terbuka sekiranya kemenangan akan berpihak kepada Waspada. " Kami akan bermain bermatian-matian untuk perlawanan pada hari ini dan baru ingin memikirkan siapa yang akan kami jumpa di Separuh akhir nanti" katanya selepas latihan ringan Waspada FC petang semalam..

Manakala bagi pengurus pasukan Waspada FC, beliau hanya mahukan anak buahnya memberikan sepenuh perhatian di atas paadang. ini kerana berdasarkan perlawanan sebelum ini pemain-pemain Waspada FC akan hilang semangat apabila mereka ketinggalan satu gol.. Dan peluang itu akan diambil sepenuhnya oleh pasukan Lawan. " Pemain haruslah mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah putus asa kerana perlawanan menentang Vertica mungkin penyokong akan berpihak kepada mereka" Kata Noramirrudin malam semalam.

Apa-apapun , sepak mula akan berlangsung pada jam 5.15 petang ini dan apa yang amat dinantikan oleh penyokong setia Waspada FC ialah kemenangan pertama dalam Piala Dekan UPMKB 2011... Sekiranya WAspada berjaya mengalahkan Vertica ini merupakan hadiah yang paling bermakna buat penyokong Waspada FC... Tiga mata impian Waspada FC untuk membuka ruang ke Separuh Akhir manakala Seri sudah cukup buat Vertica Layak... Walau bagaimanapun... dalam Bola sepak macam-macam boleh berlaku....

CHAYOIK-CHAYOIK WASPADA FC... WE NEVER FEAR ANOTHER TEAM.... WASPADA FC ALWAYS BE CAREFUL !!!!!

No comments: