Monday, February 21, 2011

CABARAN WASPADA BERAKHIR...



Cabaran Waspada FC dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dekan UPMKB berakhir di tempat ke-3 kumpulan B dengan 4 mata hasil daripada 4 perlawanan. Walaupun Waspada FC berjaya menumpaskan Arium FC 2-1 semalam namun itu semua hanyalah perlawanan pelengkap jadual bagi kedua-dua pasukan. Pada perlawanan ketiga menentang Vatica FC pada hari Sabtu menyaksikan peluang Waspada FC untuk melangkah ke separuh akhir pada penampilan pertama kejohanan ini sekadar angan-angan apabila tumpas 0-2 kepada Vatica FC.

Wan Noramirrudin kelihatan muram setelah
Waspada FC ketinggalan 2-0 keatas Vatica Fc.
Turut kelihatan Shauqi dan pemain Panther United
Firdaus.

Ketika menentang Vatica FC, kelihatan semangat pemain-pemain Waspada yang mempunyai impian yang sangat besar ingin menumpaskan pasukan yang mendapat tempat ke3 pada kejohanan edisi ke-4 2009 sebelum ini. Namun, setelah bersaing hampir 20 minit, Vatica FC berjaya mendahului perlawanan hasil gol jaringan sendiri pemain Waspada, Saudara ISa yang tertolak masuk ke gawang sendiri semasa keadaan kelam kabut dikawasan gol Waspada FC.


Perlawanan menentang Vatica FC



Setelah Vatica FC mendahului perlawanan petang itu,Pemain-pemain Waspada FC seolah-olah hilang tumpuan dengan membiarkan pemain-pemain Vatica FC melakukan berberapa percubaan bahawa di gawang Waspada. Selain itu, keadaan itu juga telah memberikan gol kedua buat Vatica FC untuk melebarkan jurang gol. Keputusan Akhir perlawanan antara Waspada FC vs Vatica FC menyaksikan Vatica FC mendapat 3 mata penuh sekaligus layak ke separuh akhir.

Menurut Pengurus pasukan Waspada FC, pada perlawanan menentang Vatica FC kebanyakkan pemain utama tidak dapat bermain akibat kecederaan termasuk penjaga go utama mereka iaitu saudara Husni dan pemain pertahanan tengah, Saudara Shauqi. Ini meyebabkan barisan pertahanan mereka gagal mengekang asakan bertubi arus pemain Vatica. walaubagaimanapun, Noramirrudin tetap bangga dan berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya itu.

Dengan kekalahan itu bermakna cabaran Waspada FC sudah pun tertutup pada kejohanan bola sepak Piala Dekan UPMKB Edisi ke-5 2011 tetapi semua pemain-pemain Waspada FC tetap berbangga dengan semangat tak pernah mengalah yang ada pada pasukan Waspada FC. Pada perlawanan terakhir kumpulan B akan menyaksikan Waspada akan berjumpa pasukan Arium FC dalam usaha mencari kemenangan pertama untuk dihadiahkan kepada penyokong setia Waspada FC

3 comments:

iqin othman said...

seronok aku baca takde typo. haha

amirr... said...

takde typo??? ape tu.. xpham aku...hahaha

iqin othman said...

takde salah ejaan, hehe.
:DD