Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

assalamualaikum...

Hari ni, 15 februari 2011 bersamaan 12 rabiulawal... seluruh umat islam di dunia ini menyambut sambutan maulidur rasul bagi mengingati perjuang kekasih Allah itu. pada 12 rabiullawal tahun gajah , di subuh yang hening lahirnya seorang pemimpin islam yang masyur didunia dan akan menjadi rasul....

Aku tak mahu bercakap banyak tentang sejarah rasulullah kerana apa yang pasti sudah tentu anda semua mengetahui nya... Namun , hari ini ingin menyatakan setakat mana kita menghayatai perjuangan rasul Allah ini... Aku juga menyedari bahawa aku bukanlah seorang yang alim lagi warak,... Tapi aku akan cuba untuk menjadi seorang insan yang baik dimuka bumi Allah ini...

apa yang aku lihat ialah manusia sekarang lebih banyak melupakan islam. Sebagai contoh, Semalam merupakan 14 Februari... Dan lebih ramai yang menyambut velentine day daripada menyambut sambutan maulidur rasul hari ini.. Dimanakah letaknya islam dalam diri manusia sekarang?? lebih mengikut budaya barat daripada budaya agama mereka sendiri. Renungkanlah...''

Sambutan Maulidur rasul peringkat UPMKB juga meriah... Pada hari isnin malam, satu ceramah berkaitan perjuang Nabi Muhammad diadakan.. Dan pada 15 hb Februari, satu perarakan antara blok diadakan... Malam ini pula, pertandingan pentomen juga diadakan mengikut blok... Tahniah aku ucapkan kepada siapa yang telah melibatkan diri untuk menjayakan sambutan umat islam kali ini...

No comments: