Sunday, February 13, 2011

Waspada FC AKUR..

Wakil daripada Diploma Pertanian Semester 2 UPMKB... pasukan Waspada FC terpaksa akur dengan pasukan Panther United . Kekalahan 3-0 itu ternyata satu cabaran yang besar buat pasukan Waspada yang perlu menang kesemua perlawanan selepas ini untuk membuka ruang ke perlawanan separuh akhir...

Kedua-dua pasukan tampak seimbang pada awal babak pertama. namun jaringan daripada pasukan Panther United, Muhd Imran telah banyak mengubah corak permainan Skuad Bimbungan Noramirrudin . Waspada FC yang menggunakan formasi 4-5-1 sekali sekala menlakukan percubaan berbahaya di hadapan pintu gol Panther United

Sebaik sahaja babak kedua bersambung.. Pasukan Panther United lebih banyak melakukan serangan walaubagaimanapun dipatahkan olehh pertahanan Waspada FC. Pada babak kedua juga menyaksikan pasukan Waspada menukarkan Formasi 4-5-1 kepada 4-4-2 dengan harapan dapat melakukan penyudah yang lebih berkesan. Namun peluang itu diambil sepenuhnya oleh Panther united untuk menjarakkan jurang gol. Dua gol dihasilakn Pada babak kedua..

Untuk Waspada FC.. masih ada lagi peluang untuk mencipta kejayaan.. semoga berjaya pada perlawanan menentang Arium FC nanti.. Kita boleh.. Siapa Kita .. WASPADA FC..

No comments: