Monday, February 7, 2011

POST KE-100 AKU !!!


alhamdulillah kali ini aku berjaya juga menulis untuk entri aku yang seratus nie.. hahaha Baru seratus jew?? Padahal dah 3 tahun Blog World Of Amirr ini ditubuhkan.. tapi kenapa baru seratus entri?? Mungkin itu persoalan yang ada difikiran andakan??
HMMm.. sebenarnya aku taklah mempunyai banyak masa utnuk menghabiskan masa di Dashboard Blog nie jew... Aku masih mempunyai banyak komitmen yang harus dilaksanakan.. Komitmen sebagai seorang anak.. Komitmen sebagai seorang pelajar yang harus menyiapakn tugasan yang diberi.. dan banyak lagi lah.. Jadi.. Peratusan aku untuk menghadap Blog ini hanyalah sedikit sahaja...

Lagi pon... Tujuan aku buat blog nie pon hanya untuk meluangkan masa lapang aku jew.. takdelah borink sangat kalau ade blog nie.. dan satu agy.. blog ini dibuat hanyalah untuk meluahkan isi hatiku jew.. bukannya bertujuan untuk kormesial.. Hobi aku pon sebenarnya menulis artikel2.. bagi akulah kalau wat blog ni.. misalnya ade jew tak puas aty ke.. tulis jew artikel yang anda minat kat blog sendiri... Hilang rase tension lepas itu... itulah cara aku.. sebab itulah WORLD OF AMIRR nie ditubuhkan...hahaha

Ni aku nak kongsikan sikit lah pasal blog nie.. Sepanjang 3 Tahun aku melakukan penulisan yang tak seberapa dalam blog nie.. Jumlah pengunjung kat blog aku nie ialah 853 orang.. banyak jugaklah tu kan..hihihi dan Follower aku pulak da sampai 20 orang...

akhir sekali.. aku ingin mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan kuasanya aku masih lagi dapat menguruskan Blog ini.. tak lupa jugak kepada semua kawan-kawan blogger yang banyak memberi ilham kepada aku.. tak ketinggalan kepada kawan-kawan aku Batch 32 SESMA dan UMPKB yang dah banyak memberi kan aku semangat untuk aku meneruskan hobi aku nie..

THANKS FOR ALL....

2 comments:

Iqin said...

eleh, aku setahun je pun dah ada 100 entri, hahahaha

amirr... said...

hahaha.. kan aku dah ckap.. bukannyer aku luangkan mase tuk blog nie jek..hak3